Rabu, 25 Mac 2009

Mesyuarat AJK BKWK (2/2009)

Berjalan lancar walaupun tanpa kehadiran yang penuh. Topik perbincangan mengenai perkembangan aktiviti BKWK yang dirancang. Turut dibincang : pakaian batik, buletin sekolah, hari guru dan hari keluarga. Maklumat lanjut masih dirahsiakan. Harap anda sabar menunggu...

Malang nasibmu wahai kancil...

En. Syamar (bukan suspect) sedang menunjukkan di antara kesan pelanggaran tersebut.


Kereta kancil milik Pn. Norwati telah dilanggar oleh 'orang luar' dalam kawasan sekolah. Kejadian itu berlaku dalam waktu tengahari. Pn. Norwati yang suka bertudung labuh itu dapat mengecam suspect berkenaan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai suspect dan keadaan kancil tersebut, sila berjumpa dengan Pn. Norwati sendiri. Temujanji tidak diperlukan.

Tandas = Toilet = Jamban

Pagi tadi, lebih kurang jam 10.00 telah diadakan Ceramah Kebersihan / Penggunaan Tandas kepada murid-murid Tahun 4 dan 5. Penceramah adalah 'orang luar'. Objektif utama adalah untuk mendidik murid mengenai kepentingan kebersihan tandas serta cara penggunaan yang betul.


Gambar : 'Antara guru-guru yang tekun mendengar ceramah'.
;