Sabtu, 13 Jun 2009

Trip to Cameron Highland 18-19/7/2009

Panitia Kajian Tempatan dengan kerjasama BKWK akan mengadakan lawatan ke Cameron Highland pada 18 hingga 19 Julai nanti. Peserta lawatan terdiri drpd 20 guru dan 20 murid. Penginapan adalah di Homestay Kg. Taman Sedia, Cameron Highland. Bayaran (guru) cuma RM 30.00 sahaja, termasuk penginapan dan pengangkutan (bas). Tawaran ini eksklusif untuk pengunjung blog ini sahaja.

Senarai peserta lawatan (guru/keluarga) sehingga 15/6/2009.
1) Pn. Fauziah Kharin
2) En. Zaki
3) Cik Mastura
4) Pn. Suraya & Keluarga (5 orang)
9) En. Nawarddy
10) En. Azlim
11) Anak Pn. Hasliza
12) Pn. Hasliza
13) Pn. Zainab Bt. Wahab
14) Cik Mazlina
15) En. Aizuddin
16)
17)
18)
19)
20)

*masih terdapat 5 kekosongan.

Jerebu

Indeks pencemaran udara telah mencatatkan kadar 109 bagi kawasan Cheras dan 100 di Kajang pada 12 Jun 2009, jam 5 petang. Manakala pada jam 11.00 pagi ini, IPU dicatatkan pada kadar 83 dan 79 di tempat2 berkenaan. IPU 101 - 200 dikategorikan sebagai tidak sihat. Untuk maklumat indeks pencemaran udara terkini, sila layari laman web Jabatan Alam Sekitar di http://www.doe.gov.my/ dan klik pada AIR POLLUTANT INDEX pada tarikh yang berkenaan.
*kepada warga kerja SKBTHO terutama guru petang dan penunggang motosikal, sila pakai topeng sekiranya perlu. Awas ! topeng otromen tidak sesuai.

Gempa Bumi / Tsunami pada 22 Julai 2009 ?

Betul ke gempa bumi atau tsunami akan berlaku pada tarikh berkenaan ? Ia dikatakan akan berlaku ekoran kejadian gerhana matahari pada tarikh tersebut. Sila klik pada link di bawah untuk maklumat lanjut.

http://www.kjc.gov.my/pdf_arkib/KenyataanAkhbar_GempaBumiTsunami.pdf
;