Selasa, 6 Oktober 2009

LADAP 07/10/2009


*Guru-guru Tahun 6 sedang memproses buku di PSS.


*En. Hadi sedang memasang rak buku di PSS.


LADAP pada hari ini berjaya dijalankan dengan sebaiknya. Guru-guru telah dibahagi kepada beberapa kumpulan/stesen iaitu pusat sumber, makmal komputer, pusat akses dan bilik SPBT. En. Azarzi telah memberi ceramah berkenaan Microsoft Word dan yang sewaktu dengannya di makmal komputer.

.

*Terima kasih:

1) Pn. Hashimah (KIA) - sponsor kuih raya edisi pagi @ PSS.

2) Pn. Noreda - sponsor goreng pisang, keledek dan keropok lekor edisi petang @ semua stesen.

Kemudahan untuk warga kerja SKBTHO.



Ketua Panitia Kemahiran Hidup (En. Shahrizal) sedang diberi tunjuk ajar cara penggunaan dan kod rahsia mesin fotostat. Insya Allah, perkhidmatan ini (print & fotostat) akan mula beroperasi pada minggu hadapan. Semua warga kerja SKBTHO dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini. Bayaran yang dikenakan cuma 5 sen/sehelai kertas.

Tengah musim...

Guru saman pengetua yang didakwa menjejaskan reputasinya
06/10/2009 7:01pm

KUANTAN 6 Okt. — Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini mengemukakan saman RM228,000 terhadap pengetua sekolah terbabit kerana didakwa menjejaskan reputasinya.
Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini melalui Tetuan Balkhis Alias & Co pada 12 Ogos lepas menamakan pengetua, Aluwiyah Osman sebagai defendan.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada hari ini, namun Hakim Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan 5 Nov. ini sebagai sebutan semula selepas wakil Pejabat Peguam Negara memohon tempoh masa untuk memfailkan penyataan balas terhadap tuntutan saman berkenaan.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Rozilah mendakwa pada 24 Julai tahun lepas, defendan memalukannya di hadapan guru lain dengan menuding jari ke arahnya serta menyatakan beliau enggan mematuhi perintah defendan.
Rozilah mendakwa defendan telah membuat satu laporan terhadapnya dan berikutan itu seorang kaunselor daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan memanggilnya ketika beliau sedang mengajar memaklumkan satu laporan telah dibuat terhadapnya.
Rozilah, yang telah bertugas selama 13 tahun sebagai guru, mendakwa akibat laporan defendan, beliau telah menerima surat bertarikh 13 Feb. 2009 yang menyatakan tiada pergerakan gaji bagi beliau untuk tahun 2009.
Beliau juga mendakwa tidak pernah diberikan peluang membela diri kerana tidak dipanggil atau diberikan peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketuanya itu. - Bernama
;