Ahad, 27 September 2009

Sumbangan AidilFitri

Cik Mastura (Bendahari BKWK) sedang menyampaikan sumbangan AidilFitri kepada anak Allahyarhamah Pn. Fatimawati.

Pada 17hb. September 2009 yang lalu, BKWK telah memberi sumbangan AidilFitri kepada keluarga Allahyarhamah Pn. Fatimawati (bekas warga kerja SKBTHO). Sumbangan wang tunai yang berjumlah lebih RM300 itu adalah hasil sumbangan ikhlas warga kerja SKBTHO. Semoga sumbangan tersebut sedikit sebanyak akan memberi keceriaan buat keluarga berkenaan dalam menyambut AidilFitri.


Sabtu, 26 September 2009

PUASA SUNAT ( 6 HARI SYAWAL )

Info : PUASA SUNAT (6 HARI SYAWAL)


Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)

Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?

Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.

Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?

Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat. Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa, tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.

dipetik dari

Sabtu, 19 September 2009

Utusan Online : Tujuh maut menjelang Syawal - Gurun

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan salah seorang mangsa kemalangan ngeri yang meragut empat nyawa sekeluarga di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) dekat Gurun, Kedah, semalam. Empat beranak itu terperangkap dalam kenderaan mereka yang meletup dan terbakar selepas merempuh sebuah kereta jenis Naza Citra dan treler.


Dipetik dari Utusan Online.


berita lanjut, klik link di bawah :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Rabu, 16 September 2009

Lagi berita pasal cuti...

Sekolah cuti khas Jumaat ini
dipetik drpd. bharian.com.my

PUTRAJAYA: Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Beliau berkata pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran. "Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya," katanya dalam kenyataan media.
Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal. - Bernama

*Kalau kabinet mesyuarat dan buat keputusan awal2 lagi kan senang.... Bukan tak tau tarikh raya tu bila...

Selasa, 15 September 2009

Cuti yang dinantikan semua...

Awal minggu ni, ramai yg kecoh pasal cuti pada hari Jumaat. Ada yang sanggup nak letak jawatan guru dan ada yg sukar tidur malam kalau tak cuti. Mengikut ramalan juga, ramai yang akan amik CRK MERAH pada hari berkenaan. Saya juga diminta untuk berjumpa dan minta cuti dari guru besar. Walaupun begitu, saya belum bersedia berjumpa GB tanpa hitam putih/fakta.
Alhamdulillah, malam tadi keluar berita dan hari ni ada hitam putih melalui surat khabar berkenaan cuti tersebut. Jadi, pagi tadi kira jam 10.20 pagi saya dan En. Saleh telah berjumpa dan berbincang dengan GB mengenai hal ini. Pada mulanya GB agak keberatan memandangkan cuti berkenaan perlu diganti pada 31/10/2009 dan hari itu juga ada program Jogathon anjuran PIBG. Namun, dengan alasan guru-guru yang ingin merancang perjalanan terutama yang nak balik jauh, serta isu-isu yang mungkin menyentuh hati & perasaan maka GB bersetuju untuk beri cuti. Program Khatam Al-Qur'an juga diawalkan ke hari Khamis, murid sesi petang dicutikan dan guru-guru petang datang pagi. Mungkin inilah HADIAH yang paling bermakna bagi kita semua sempena AidilFitri ini. Terima kasih GURU BESAR !!

SEKOLAH DIBENAR AMBIL CUTI PERISTIWA/GANTI SEMPENA AIDILFITRI

Sekolah dibenar ambil cuti peristiwa atau berganti sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR 14 Sept. — Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah-sekolah mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti sempena Aidilfitri yang dijangka disambut pada Ahad atau Isnin ini berikutan permohonan daripada pihak sekolah dan kalangan ibu bapa.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata keputusan itu diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga untuk bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

“Setelah meneliti permohonan dan pandangan yang dikemukakan, Kementerian Pelajaran bersetuju memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah untuk mengambil cuti peristiwa iaitu bagi sekolah yang masih mempunyai baki cuti peristiwa, atau cuti berganti bagi sekolah-sekolah yang telah habis cuti peristiwanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

- BERNAMA

Sabtu, 12 September 2009

Semua sibuk nak beraya.



Kullu A'm Waantum Bikhair!

Khamis, 3 September 2009

Sesi Persekolahan 2010

Sesi persekolahan 2010 bermula 3 Januari bagi Kedah, Kelantan, Terengganu

KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan tahun depan akan bermula pada 3 Januari bagi Kedah, Kelantan serta Terengganu, dan negeri-negeri lain pula pada hari berikutnya iaitu 4 Januari, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Beliau berkata, cuti penggal pertama pula akan bermula dari 12 hingga 20 Mac bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, sementara bagi negeri lain pada 13 hingga 21 Mac. "Sementara itu cuti pertengahan tahun pula bermula dari 4 hingga 19 Jun bagi ketiga-tiga negeri itu, dan negeri lain bermula pada 5 hingga 20 Jun," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Beliau berkata, cuti penggal kedua pula akan bermula dari 3 hingga 11 September, dan cuti akhir tahun dari 19 November hingga 1 Januari 2011 bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara itu, bagi negeri-negeri lain, cuti penggal penggal kedua akan bermula pada 4 hingga 12 September, dan cuti akhir tahun dari 20 November hingga 2 Januari 2011," katanya. Alimuddin berkata, jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah 210 hari, manakala jumlah cuti penggal 78 hari. - Bernama

Rahsia alam...

Tiada yang mustahil...

Rabu, 2 September 2009

PROGRAM SOLAT HAJAT UNTUK UPSR 2009

PIHAK SEKOLAH AKAN MENGANJURKAN PROGRAM BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT UNTUK MURID-MURID TAHUN 6 SKBTHO BAGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2009.


TARIKH : 3 SEPTEMBER 2009


HARI : KHAMIS


MASA : 5.50 PETANG


TEMPAT : SURAU AL-AMIN BANDAR TUN HUSSEIN ONN


SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMOHON HAJAT DEMI MEMPEROLEH KECEMERLANGAN UPSR YANG BAKAL DIHADAPI MURID PADA 8.9.2009 INI.


(Jika ada guru yang ingin memberi sumbangan sebagai sedekah/derma untuk program tersebut, bolehlah menghulurkan sumbangan kepada Ustz Safinah selaku penyelaras program tersebut.)

Tazkirah : Rahsia Ramadhan

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."Sabda baginda dalam hadis yang lain,

" Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

>Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

>Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

>Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

>Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

>Banyakkan berdoa, berzikiz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

>Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

>Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

>Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

Lantaran itu, lontarkan soalan ini ke dalam jiwa kita semua...
"Bagaimanakah jika ini ramadhan kita yang terakhir...??"

Selasa, 1 September 2009

" SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SELURUH WARGA SKBTHO"

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 52

"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

;