Isnin, 13 Julai 2009

Khas untuk guru-guru SKBTHO

Chic_SiFa79 berkata...
Salam..thank u very much for this.For all the teachers in SKBTHO..u r da best!Thank u so much 4 everything.Hope we'll be friends 4ever.Do keep in touch..thanks zaki for adding me in this blog.
Sabtu, Julai 11, 2009 12:41:00 PM

*komen / ucapan ini datangnya dari bekas guru SKBTHO, Pn. Siti Faridah Bt. Shuib. Artikel mengenai beliau adalah pada 19 Jun 2009.

Arah Kiblat

Arah kiblat boleh disemak Khamis ini
(dipetik drpd. Utusan Online)

TAWAU 13 Julai - Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis (16/7/2009) ini pukul 5.28 petang.
Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.
Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.
“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.
Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.
;