Jumaat, 17 April 2009

SUKAN beranEKA

Maka telah selamat dijalankan sukan yang beraneka permainan di sekolah kita. Perancangan yang teratur dan hasil kerjasama semua pihak telah melancarkan perjalanannya. Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja SKBTHO.

*Apa khabar Puan Suraya ?

Rabu, 15 April 2009

KELAS TAHSIN AL-QURAN (Siri 2)

PERCUMA!! FREE!!
Kelas tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh........: 24 APRIL 2008
Hari......................... :
Jumaat
Masa...:
12.00 tgh - 1.00 ptg
Tempat : Bilik Dokumentasi

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas tersebut, sila luangkan masa anda pada hari dan masa yang ditetapkan.

BOCOR

Lebih kurang jam 4 petang tadi, telah berlaku satu 'kebocoran' di PPD Hulu Langat. Ia melibatkan seorang guru dari sekolah kita. Guru tersebut mungkin akan bertukar ke sekolah lain. Untuk mengetahui dgn lebih lanjut mengenai kejadian tersebut, sila bertanya kpd Puan Hazrina yang turut berada di lokasi kejadian.

*Kebocoran ini tiada kena mengena dengan 'BULAN'.

Selasa, 14 April 2009

كل نفس ذأئقة الموت

Ucapan Takziah buat keluarga arwah adik Amirul Aqif dari kelas 1 Mawar.

Semoga ALlah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Al-fatihah...

p/s : terjemahan pada tajuk entri..."Setiap yang hidup pasti merasa kematian"

Isnin, 13 April 2009

PANDANGAN SKBTHO DARI UDARA

Gambar terkini SKBTHO dari udara.

*Terima kasih En. Rasha Azaldin, Unit Udara PDRM.

Sabtu, 11 April 2009

Line Clear...

Pagi tadi guru-guru lelaki telah bertungkus-lumus membuat line di padang. Ia akan digunakan untuk latihan olahraga rumah sukan dan sukaneka. Sarapan pagi yang disediakan adalah sumbangan ikhlas Cikgu Azizun. Ia sebagai tanda kesyukuran yang tidak berbelah bahagi kerana dikurniakan cahaya mata. Guru-guru lelaki telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang erat dalam tugasan ini. Terdapat juga kejadian yang diingini dan tidak diingini ketika membuat line tersebut.

Tidak diingini = mangsa minyak hitam.
Diingini = pemangsa minyak hitam.

Sebagai menghargai komitmen guru2, Cikgu Salehuddin telah sponsor makan tengahari. Ia sebagai tanda line sudah siap.... line clear.

Jumaat, 10 April 2009

Jamuan Jumaat

Jamuan Jumaat telah diadakan di Bilik Guru (Blok A) pagi tadi. Ia ditaja / disumbangkan oleh Pn. Norlaili Binti Yaacob. Semoga sedekah / sumbangan beliau diberkati Allah dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Perhimpunan Tergempar!!! Harimau Malaya?

Petang ini digemparkan dengan pengumuman,

"Tuk...tuk...tuk..(mengetuk mic untuk mencuba)...Assalamualaikum dan selamat sejahtera, perhatian kepada semua guru dan murid sesi petang, perhimpunan akan diadakan tepat pukul 5.30 ptg, sekian terima kasih"

Maka berkumpullah murid tepat jam 5.30 petang...

Ustaz Azarzi sebagai guru yang bertugas, memulakan majlis mengikut aturcara yang biasa.

Perhimpunan luar biasa dan tergempar ini berkisar tentang masalah disiplin murid-murid sesi petang yang ditaklmatkan oleh En Ahmad Nizam. Berikut sebahagian taklimatnya.

erm...apa ya?..Hah!!

"Jika kamu tidak ikut peraturan ini, rotan ini akan berkata-kata!"

Perhimpunan diakhiri dengan pengumuman seseorang sebagai Harimau Malaya...
APA???HARIMAU MALAYA???
Apakah ini?

Berikut pandangan belakang Harimau Malaya.

Berucaplah si "Harimau Malaya", tak sampai 2 minit hujan mulai turun...

hehehe...HARIMAU MALAYA atau HARI MAU Hujan...hehehe:)

Kelas Tahsin Al-Quran.

Alhamdulillah...berjaya juga kelas Tahsin Al-Quran yang pertama diadakan.

Pada minggu ini kelas dibimbing oleh oleh Ustaz Syed Ibrahim. Kelas turut dihadiri oleh Pn. Hajah Noreda. Kelas pertama ini memberi fokus aspek memperbaiki bacaan Al-Fatihah.
Kelas diadakan di Bilik Informasi dari pukul 12.00- 1.00.

p/s: penulis (En. Aizuddin) datang pun 5 minit lagi nak habis...hehehe...ambil berkat

Rabu, 8 April 2009

Ingin menilik nasib ?

"mengikut tilikan, tuan hamba akan naik pangkat dalam masa terdekat ni..."

..........................................................................................................
*Gambar dirakam pada 17hb. April 2008, jam 2.58 petang.

Isnin, 6 April 2009

Skuad Denggi

Berita baik ! Skuad denggi dengan rasminya telah ditubuhkan di sekolah kita. Ia telah dianggotai oleh 4 orang murid dan dikepalai oleh Ustaz Reza. Diharap dgn tertubuhnya skuad yang kuat ini, nyamuk aedes tidak akan bermaharajalela lg di sekolah kita. Walaubagaimanapun, skuad ini tidak menawarkan perkhidmatan 'fogging'.

*Difahamkan Cikgu Syamar bercadang menubuhkan Skuad Chikugunya pula.

Taklimat Bawah Pokok

Pagi tadi telah berlangsung satu taklimat khas kepada pasukan bola tampar sekolah. Ia diadakan di bawah sepohon pokok berhampiran kantin. Untuk makluman, sekolah kita tidak menghantar wakil dalam pertandingan bola tampar daerah Hulu Langat di atas sebab2 teknikal. Sesungguhnya pokok tersebut telah menjadi saksi kekecewaan para pemain dan jurulatih pasukan bola tampar sekolah kita.

Sabtu, 4 April 2009

Pelancaran Laman Blog BKWK

Laman blog BKWK ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Pn. Hajah Noreda Binti Abdul Razak (Penolong Kanan) pada 04 April 2009.

Terima Kasih.

Sarapan pagi untuk mesyuarat guru hari ini telah ditaja oleh :

1- Pn. Suhainiza Bt. Muhammad (sempena hari jadi 3/4)
2- Pn. Hamidah Bee Bt. Abu Bakar (hari jadi 9/4)
3- Pn. Nor Hayani Bt. Abd Rahman (hari jadi 9/4)
4- En. Nawarddy Bin Nawi (hari jadi 15/4)
5- Pn. Norazrifa Bt. Mohamat Jani (hari jadi 16/4)
6- Pn. Wan Fatiah Binti Ismail (hari jadi 19/4)
7- Pn. Pushpa A/P Ganapathy (hari jadi 20/4)
8- Pn. Norhapizah Binti Yahya (hari jadi 26/4)
9- Pn. Eliah Binti Jaffar (ulangtahun perkahwinan 9/4)
10-En. Mazwan Bin Mohd (perkahwinan)
11-Pn. Irwina Binti Idris (kesyukuran & kesejahteraan)
12-En. Rushdi Bin Md Rasib (kelahiran anak)
13-En. Azizun bin Zakaria (kelahiran anak)

*Sumbangan anda amat dihargai dan semoga ia diberkati.

Mesyuarat Guru

Tarikh : 04 April 2009
Masa : 7.30 - 11.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan

Tentatif.

7.30 - 8.00 pg : Sarapan - semua guru kecuali yang berpuasa.
8.00 - 8.30 pg : Taklimat Plan Strategik - semua KP
8.30 - 10.00 pg : Post Mortem Ujian Mac - semua guru
10.00 - 11.30 pg : Mesyuarat AJK Induk HEM & KOKU - yg berkenaan sahaja.

Jumaat, 3 April 2009

Pakaian Batik

Merujuk kepada mesyuarat BKWK 2/2009, semua exco telah sebulat suara memilih corak pakaian batik untuk warga kerja SKBTHO. Manakala pemilihan warna pula adalah berdasarkan majoriti pilihan semua warga kerja SKBTHO. Sila pastikan anda mengundi warna kegemaran anda pada borang yang sedang / akan diedarkan. Harga kain : RM 25.00 (2 meter) dan RM 50.00 (4 meter). Pembelian 4 meter kain boleh dibayar 2 kali. Sila jelaskan bayaran kepada Pn. Norazrifa (kerani) pada atau sebelum 30/04/2009.

*Terima kasih di atas kerjasama anda.

Makluman...

BKWK mengalu-alukan warga kerja SKBTHO untuk membuat posting / menulis artikel dalam laman blog ini. Sila pastikan anda mempunyai akaun gmail terlebih dahulu. Untuk mendaftar akaun gmail, sila klik di sini. Untuk maklumat lanjut, sila bersoal jawab dengan En. Zaki, En. Amiruddin atau En. Aizuddin. Temujanji tidak diperlukan.

Jamuan Jumaat

Sebagai tanda memuliakan Hari Jumaat, guru-guru (sesi petang) Blok F telah mengadakan jamuan makan. Para guru berkongsi /bersepakat membawa makanan. Turut terlibat dalam pakatan ini ialah Cikgu Najmi (masih teruna). Makanan yang disediakan sangat enak dan menyelerakan. Menurut Ustaz Azarzi, dia bercadang untuk membawa masakan gulai itek pula minggu depan.

*Gambar : Guru-guru sedang menikmati Jamuan Jumaat.

Kelas Masakan & Kelas Tahsin Al-Qur'an

Kelas Masakan
Hari : Sabtu / Ahad (bermula 12/04/2009)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Bayaran : Minima RM 10.00 (tertakluk kepada jenis masakan)

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas ini, sila
bertentang mata dengan Pn. Nur Zakiah Hayati.

........................................................................

Kelas Tahsin Al-Qur'an
(kelas memperbaiki bacaan Al-Qur'an)

Hari : Jumaat (bermula 10/4/2009).
Masa : 12.00 t.h. - 1.00 petang
Bayaran : RM 10.00 sahaja (sebulan).

* Sila berurusan dengan Ustaz Azarzi.

Khamis, 2 April 2009

AWAS !!!

Koma 15 jam sebelum meninggal
Dipetik drpd. Harian Metro 02/04/2009

SEREMBAN: Seorang murid lelaki Tahun Tiga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Tiong, Gemas, dekat sini, meninggal dunia kira-kira 15 jam selepas tidak sedarkan diri akibat dirotan di tapak tangan oleh seorang guru, tengah hari kelmarin.

Chan Chee Kean meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi semalam di rumahnya selepas doktor di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang merawatnya menyifatkan peluangnya untuk hidup tipis.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata Chan dikatakan dirotan seorang guru perempuan pada jam 12.30 tengah hari kelmarin kerana tidak membuat kerja sekolah.

"Dia dikatakan mengadu pening dan pengsan selepas dirotan sebelum keluarga dan pihak sekolah menghantarnya ke Hospital Segamat, Johor, untuk rawatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, doktor merawatnya dikatakan memberitahu peluangnya untuk hidup tipis dan membenarkan keluarga membawanya pulang sebelum meninggal dunia pada jam 3.30 pagi tadi (semalam)," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis kempen derma darah Sempena Hari Polis Ke-202 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Osman berkata, pihaknya belum membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu kerana ibu bapa Chan belum membuat laporan polis, selain perlu menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Bagaimanapun, katanya polis difahamkan murid itu mempunyai rekod kesihatan sakit urat saraf.

"Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) tengah hari ini (semalam) untuk dibedah siasat," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Datuk Abdullah Mohamad, berkata pihaknya dimaklumkan kejadian itu dan mengarahkan guru besar sekolah mengemukakan laporan lengkap mengenainya.

"Saya dimaklumkan murid berkenaan dirotan kerana tidak membuat kerja sekolah dan selepas itu mengadu pening kepala. Dia kemudian tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

"Guru Besar dikatakan maklum mengenai hukuman yang dijalankan, tetapi pada masa sama kita mahu laporan lengkap, sama ada hukuman itu mengikut prosedur seperti ukuran saiz rotan, mempunyai saksi atau tidak serta sama ada hayunan rotan itu memenuhi ketinggian ditetapkan atau tidak," katanya.

"Mengikut peraturan, hukuman rotan hanya boleh dijalankan di dua tempat, iaitu tapak tangan dan punggung dengan syarat berlapik," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada hospital dan polis untuk mengenal pasti punca sebenar kematian murid itu kerana berpendapat mengikut logik akal, mustahil seseorang meninggal dunia akibat dirotan.

"Saya juga menasihatkan guru supaya berhemah ketika menjalankan tugas dan jangan mendenda atau merotan murid ketika dalam keadaan marah. Saya mahu mereka menggunakan pendekatan psikologi dalam menangani masalah murid nakal," katanya.
01/04/2009

;