Selasa, 25 Ogos 2009
Buktikan KECEKAPAN anda !
Khamis, 20 Ogos 2009
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kita warga SKBTHO masih berpeluang menemui Ramadhan al-Mubarak untuk tahun ini. Manfaatlah peluang beribadah dengan sebaik mungkin seumpama kata cerdik pandai "Bekerjalah bersungguh-sungguh seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah dengan sepenuh hati seolah-olah akan menemui ajal pada esok hari".Senario di atas masih lagi kelihatan ketika negara sedang berkembang pesat membangun. Namun bagi mereka yang sudah sebati dengan kehidupan tersebut merasa begitu tenang dan bahagia.
Rabu, 19 Ogos 2009
Petikan Akhbar : Kadar zakat fitrah Selangor RM7 tahun ini
dipetik dari Berita Harian Online
Berita Selanjutnya klik di bawah,
Petikan Akhbar : Guru PPSMI diingat jangan ambil kesempatan
Isnin, 17 Ogos 2009
Pemeriksaan Kesihatan Wabak H1N1 Kini Bermula
Khamis, 13 Ogos 2009
Dia "Pergi Tak Kembali" Lagi
Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Selasa, 11 Ogos 2009
Bila akan bermula di tempat kita ?
Isnin, 10 Ogos 2009
Satu Pandangan (H1N1).
diciplak drpd tukartiub.blogspot.com
KALAU DIA BOLEH DEPA LAGI BOLEH
Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motorsikal ada paku-paku tajam di taburkan. Ini untuk tujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari itu ada iklan – tukartiub. Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di penurun jalan sesudah terowong lebuh raya Karak – sering minyak ditaburkan. Pernah keretanya tergelincir sekali. Tidak jauh terowong ini ada lori tarik kereta menunggu.Ini adalah contoh taktik untuk menjalankan perniagaan. Ini cara untuk mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan yang menjadi rukun iman ialah keuntungan. Semua yang berniaga ingin mendapat untung. Lebih banyak untung lebih cepat jadi kaya.Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 26 orang warga negara kita telah ditewaskan oleh virus H1N1. Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.Apa sebenarnya semua ini?Pada tahun 1963 – satu persidangaan telah diadakan di Iron Mountains tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika sedang bertarong di Vietnam, Laos dan Kamboja.
Klik di sini untuk artikel selanjutnya.
Terkini : Korban H1N1 terus meningkat
Khamis, 6 Ogos 2009
TAZKIRAH JUMAAT
.jpg)
TINGKATKAN IBADAT DALAM BULAN SYAABAN.
BULAN Rejab telah berlalu meninggalkan kita. Ini bermakna latihan peringkat pertama untuk memasuki gerbang Ramadan telah pun berlalu. Ada di antara kita yang telah berjaya melatih diri dengan melakukan ibadah puasa, qiamullail, membanyakkan istighfar, selawat, bacaan al-Quran dan sebagainya.
Bermacam-macam amalan kebaikan yang dihidangkan oleh Allah kepada hamba-Nya untuk dilakukan bagi mendekatkan diri kepada-Nya kerana Allah Maha Mengetahui hamba-Nya akan bosan jika melakukan satu amalan tertentu sahaja.
Namun, tidak semua kita yang prihatin dengan kedatangan saat yang penting dan mulia ini kerana keprihatinan terhadap dunia telah menguasai diri. Akibatnya, kita lebih peka dengan tarikh Jualan Karnival barang terkenal, Mega Sale di pusat-pusat membeli belah sempena hari kemerdekaan dan hari raya daripada tarikh dan masa yang lebih penting dan bernilai dari dunia dan seisinya.
Oleh kerana itu, pakaian dan perhiasan lahiriah untuk menyambut hari raya telah kita rancang dengan sempurna tetapi pakaian dan perhiasan batiniah bagi menyambut Ramadan dan Hari Aidilfitri kita lupakan kerana penyakit cintakan dunia telah membarah di hati.
Hari ini, kita telah berada di dalam bulan Syaaban, antara bulan yang paling mulia dan dinanti-nantikan oleh insan-insan yang mempunyai mata hati. Ia juga adalah bulan yang masyhur dengan keberkatan dan kebaikan yang banyak.
Bertaubat pada bulan ini merupakan sebesar-besar kebaikan dan melakukan ketaatan pada bulan ini merupakan sebesar-besar perniagaan yang menguntungkan.
Allah menjamin bagi orang-orang yang bertaubat pada bulan Syaaban dengan keamanan. Orang yang menyediakan kesungguhan dan mujahadah pada bulan Syaaban bakal meraih kejayaan pada bulan Ramadan. Oleh kerana itulah bulan ini dinamakan Syaaban kerana terpecah daripadanya kebaikan yang banyak.
Hanya dengan rahmat dan kasih-sayang-Nya, kita diberi peluang untuk kesekian kalinya bersua dengan Syaaban yang menyimpan pelbagai keistimewaan.
Bagi memastikan kita dapat menghayati Syaaban dengan sebaiknya, kita seharusnya mengetahui apakah yang terdapat di dalam bulan Syaaban terutamanya peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku di dalamnya.
Pertukaran arah kiblat
Antara peristiwa penting yang berlaku pada pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke kaabah. Ia adalah saat yang amat diharapkan berlaku dan sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh Rasulullah SAW.
Sebelum berlaku peristiwa ini, Baginda SAW bangun pada setiap malam menghadapkan mukanya ke langit menunggu-nunggu wahyu daripada Allah. Sehinggalah Allah mengurniakan dan merealisasikan permintaannya seperti dirakamkan di dalam al-Quran: Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjid al Haram (tempat letaknya kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. (al-Baqarah: 144).
Ini membenarkan firman Allah SWT: Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu sehingga Engkau reda - berpuas hati. (al-Dhuha: 5)
Abu Hatim al-Busti berkata: Orang-orang Islam solat mengadap ke Bait al Maqdis selama 17 bulan 3 hari. Rasulullah datang ke Madinah pada hari Isnin 12 Rabiulawal dan Allah memerintahkan mengadap ke Kaabah pada hari Selasa 15 Syaaban.
Diangkat amalan
Di antara keistimewaan Syaaban yang masyhur ialah diangkat amalan hamba-hamba-Nya pada bulan ini. Ini merupakan pengangkatan amalan yang terbesar.
Oleh kerana itu, ketika Usamah ibn Zaid r.a bertanya kepada Rasulullah SAW tentang sebab kesungguhan Baginda SAW berpuasa pada bulan Syaaban, Baginda SAW menjawab: "Ia adalah bulan yang sering dialpakan oleh manusia, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan diangkat segala amalan kepada Tuhan semesta alam. Saya suka amalan saya diangkat ketika saya berpuasa". (riwayat al-Munziri)
Ditentukan umur
Pada bulan Syaaban juga ditentukan segala umur, iaitu dizahirkan takdir tersebut. Namun perbuatan Allah itu tidak terikat dengan masa atau pun tempat. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mencatat pada bulan Syaaban bagi setiap jiwa yang akan mati pada tahun tersebut. Maka aku suka ajalku datang kepadaku ketika aku sedang berpuasa". (riwayat Abu Ya'la).
Oleh yang demikian, Rasulullah SAW paling banyak berpuasa pada bulan Sy kerana itu, Syaaban adalah bulan berselawat ke atas Nabi SAW.
Terlalu banyak kelebihan berselawat ke atas Nabi SAW dan ia adalah ibadat yang paling afdal dari ibadat-ibadat yang lain. Kita sendiri dapat memikirkannya kerana amalan lain Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya melakukannya tetapi amalan selawat Allah berselawat ke atas Baginda SAW terlebih dahulu, kemudian barulah Allah menyuruh hamba-hamba-Nya berselawat ke atas Baginda SAW.
Syaaban bulan al-Quran
Syaaban juga disebut sebagai bulan al-Quran. Kita sedia maklum, membaca al-Quran dituntut pada setiap masa tetapi ia lebih dituntut pada masa-masa yang berkat dan mulia seperti bulan Ramadan, Syaaban dan bulan-bulan mulia yang lain.
Oleh kerana itu, Anas meriwayatkan dengan sanad yang daif bahawa apabila masuk bulan Syaaban, kaum Muslimin menumpukan kepada mushaf-mushaf mereka dan membacanya, mengeluarkan zakat harta mereka untuk memberi kekuatan kepada orang yang lemah dan miskin menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.
Selain itu juga, kita digalakkan merebut peluang kedatangan Syaaban dengan membanyakkan menyebut kalimah syahadah: Laa ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah dan istighfar.
Ini adalah pintu memasuki Islam dan tangga memelihara iman dan mikraj hati serta roh kepada Tuhan Pemilik seluruh alam. Ia juga adalah sebesar-besar kebaikan bagi memperbaharui keimanan dan menghapuskan kejahatan sehingga menarik pemiliknya memasuki syurga. Istighfar dapat menghapuskan dosa-dosa, kesulitan dan meringankan bebanan.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang melazimi istighfar, Allah menjadikan baginya dari setiap kemurungan pelepasan, dari setiap kesempitan jalan keluar dan dikurniakan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka". (riwayat Abu Daud, al-Nasaei, Ibnu Majah dan al-Hakim).
Demikianlah istimewanya Syaaban. Semoga kita dapat merasai kebesaran Syaaban dan melihat kurniaan Allah padanya dengan penuh insaf, beradab dan kesyukuran.
Orang yang bijak ialah orang yang menggunakan sebaiknya kesempatan yang diberikan dan orang yang bodoh ialah orang yang menangguhkan kesempatan yang diberikan kerana menyangka esok masih ada untuknya.
Dipetik dari Berita Harian Online
Rabu, 5 Ogos 2009
Nak join kelab baru ?
Khamis, 30 Julai 2009
mencari... memikir... menentukan...
Isnin, 27 Julai 2009
Jakarta - Puncak - Bandung
Bayaran : RM 1,000.00
Pendahuluan : RM 350.00 (sebelum / pada 15 Ogos 2009)
*Peserta lawatan (dah bayar duit pendahuluan) :-
1) En. Zaki
2) Pn. Aznah & anak
4) Cik Mastura
5) Pn. Zainab Wahab & suami
7) Cik Siti Radhiah & kawan (perempuan)
9) En. Rushdi & isteri
Kembara Keluarga SKBTHO
*SENARAI PESERTA
1) En. Zaki & keluarga
2) En. Shahrizal & keluarga
3) En. Hazrin & keluarga
4) En. Ahmad Nizam & keluarga
5) En. Azlim & isteri
6) En. Hadi & keluarga
7) En. Aizuddin & En. Nawarddy
8) Pn. Eliah & keluarga
9) Pn. Safinah & keluarga
10)Pn. Zarita & keluarga
11) Pn. Zawahir & keluarga
12) Pn. Suraya & keluarga
13) En. Azizun & keluarga
14) En. Zulkifli & keluarga
15) Pn. Rozita Namyan & keluarga
PENDAFTRAN UNTUK PROGRAM KEMBARA KELUARGA TELAH DITUTUP. (5/8/2009) 1.15 p.m.
Sabtu, 25 Julai 2009
Info Zakat
Tahukah anda apakah sebenarnya pengertian zakat? Apakah perkara-perkara yang perlu dizakatkan? Bagaimanakah sebenarnya cara pengiraan zakat yang betul? dan apakah kelebihan bagi mereka yang menunaikan zakat?
DARI SEGI BAHASA
Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG"
Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
Untuk mengetahui lebih lanjut, klik icon zakat yang disediakan pada ruangan carian pantas.
Rabu, 22 Julai 2009
Misteri Batu Sungai
*Perhatikan betul2 bentuk (wajah) batu kedua terakhir dalam klip video ini.
Mikaeel (Michael Jackson) - Syukur Kepada Allah
MAKLUMAN
Selasa, 21 Julai 2009
Peristiwa Isra Mikraj Yang Perlu Direnung...
Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW. Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.
Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan mengyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku
dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Q.S. Al-Israa’: 1).
Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”
http://darulnuman.com/semasa/aqsa.html

