Jumaat, 5 Jun 2009

Jangan Simpan Dokumen Penting Sekolah di Rumah Anda


Guru redah api selamatkan dokumen penting

SIK: Seorang guru mengambil tindakan ‘berani mati’ apabila meredah masuk ke dalam rumahnya di Kuarters Guru Sekolah Kebangsaan Jeneri (SKJ), di sini awal pagi se malam ketika api sedang ma rak hanya kerana ingin me nyelamatkan beberapa doku men penting milik sekolah dan keluarganya.Abd Halim Abd Rahman, 35, berkata ketika kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, dia sedang mi num bersama beberapa ra kannya di sebuah gerai tidak jauh dari kuarters berkenaan apabila dimaklumkan yang rumahnya terbakar.Menurutnya, dia kemudian bergegas pulang dan melihat api sudah marak di dapur rumahnya.“Perkara pertama yang ter lintas di fikiran ketika itu ialah dokumen penting milik sekolah dan keluarga di da lam bilik tidur dan tanpa berfikir panjang meredah masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik tidur untuk menyelamatkan semua dokumen berkenaan.“Syukur saya selamat dan semua dokumen itu berjaya dibawa keluar walaupun ba rangan lain di dalam rumah musnah sama sekaki menye babkan saya tinggal sehelai sepinggang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

(dipetik drpd. Harian Metro)

Tiada ulasan:

Catat Komen

Cadangan / Komen

;