Rabu, 24 Jun 2009

Mereka Telah Dihukum ???

Ketika semua guru kelas sesi pagi sedang sibuk berhempas pulas bertemu dengan ibubapa murid dikelas masing-masing sempena hari konferensi skbtho sebentar tadi, lensa bkwk-skbtho telah digemparkan dengan peristiwa yang amat mengejutkan apabila mendapati tiga individu sedang menjalani 'hukuman'. Sejurus tiba ditempat kejadian, dengan keadaan sunyi sepi kelihatan wajah-wajah sayu begitu asyik menjalani hukuman tersebut walaupun difahamkan kedengaran 'suara-suara' kantin memanggil mereka....

Bila disoal siasat terhadap salah seorang individu tersebut, rupa-rupanya mereka bukanlah menjalani hukuman seperti yang digemparkan oleh sumber-sumber yang tak berapa boleh dipercayai. Mereka sebenarnya sedang membantu rakan-rakan seangkatan untuk menyiapkan soalan peperiksaan bagi murid tahun enam yang akan menghadapi ujian pada hari khamis ini. Kerajinan dan Ketekunan ketiga-tiga individu ini wajar dicontohi kerana tidak semua tugas memerlukan arahan, tetapi dengan rasa perihatin, tugas itu telah dibantu dengan penuh jayanya. Syabas dan Tahniah !!!

* Ketiga-tiga individu tersebut tidak membenarkan wajah mereka disiarkan sepenuhnya atas alasan keselamatan negara.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Cadangan / Komen

;