Selasa, 23 Jun 2009

TMNET Streamyx

Alhamdulillah. Akhirnya rangkaian internet (wireless) TMNET Streamyx berjaya dipasang di sekolah kita. Untuk peringkat awal, perkhidmatan ini hanya boleh digunakan di sekitar Bilik Guru di Blok A. Insya Allah, petang esok 24/6/2009 perkhidmatan ini dapat diakses dari kawasan sekitar Bilik Gerakan dan Dewan (termasuk Bilik Guru Blok F dan pejabat). Bagi guru-guru yang ada laptop, jika anda bimbang kalau2 bosan menunggu ibu bapa murid datang, bolehlah melayari internet sambil mencari bahan untuk P&P anda. Semoga kita dapat menggunakannya dengan berhemah dan bermoral.

*Perkhidmatan ini dibawakan khas untuk anda hasil usaha BKWK 2009 dengan kerjasama PIBG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cadangan / Komen

;