Selasa, 15 September 2009

Cuti yang dinantikan semua...

Awal minggu ni, ramai yg kecoh pasal cuti pada hari Jumaat. Ada yang sanggup nak letak jawatan guru dan ada yg sukar tidur malam kalau tak cuti. Mengikut ramalan juga, ramai yang akan amik CRK MERAH pada hari berkenaan. Saya juga diminta untuk berjumpa dan minta cuti dari guru besar. Walaupun begitu, saya belum bersedia berjumpa GB tanpa hitam putih/fakta.
Alhamdulillah, malam tadi keluar berita dan hari ni ada hitam putih melalui surat khabar berkenaan cuti tersebut. Jadi, pagi tadi kira jam 10.20 pagi saya dan En. Saleh telah berjumpa dan berbincang dengan GB mengenai hal ini. Pada mulanya GB agak keberatan memandangkan cuti berkenaan perlu diganti pada 31/10/2009 dan hari itu juga ada program Jogathon anjuran PIBG. Namun, dengan alasan guru-guru yang ingin merancang perjalanan terutama yang nak balik jauh, serta isu-isu yang mungkin menyentuh hati & perasaan maka GB bersetuju untuk beri cuti. Program Khatam Al-Qur'an juga diawalkan ke hari Khamis, murid sesi petang dicutikan dan guru-guru petang datang pagi. Mungkin inilah HADIAH yang paling bermakna bagi kita semua sempena AidilFitri ini. Terima kasih GURU BESAR !!

Tiada ulasan:

Catat Komen

Cadangan / Komen

;