Ahad, 10 Mei 2009

MADAH PUJANGGA

Kebahagian itu akan didapati dengan banyaknya membuat kebaikan; kesusahan itu akan menghantui diri apabila banyak berbuat kejahatan, tinggalkan kejahatan itu, nanti dia pasti akan meninggalkan kamu.

OH TUHANKU...



Lagu EPILOG SILAM dari Kunpulan HAIKAL sedang dalam carta nasyid IKIM.FM
Sama-samalah kita menghayatinya
Tahniah!!! untuk Ustaz kita....

Sabtu, 9 Mei 2009

Ada yang kata...

Beberapa faktor dikenal pasti menyumbang kegagalan pasukan bola sepak untuk mara ke pusingan seterusnya. Ada yang kata...

1) Faktor geografi, padang terlalu bahaya untuk permainan bola sepak. Lekuk-lekuk keras di padang sesuai sahaja untuk bermain congkak.

2) Tahap mutu pengadilan, pengadil yang sama mengadili kesemua perlawanan pasukan kita. Tiupan wisel hanya kedengaran ketika mula sepak dan wisel penamat.

3) Sarapan yang mewah, mana tidaknya nasi lemak+paru goreng+ayam goreng(kerat 4) menjadi 'alas perut' sebelum beraksi.

4) Pasukan kita hanya beraksi untuk kategori 'persembahan terbaik' dan pasukan terceria dan termeriah.

5) Usaha untuk menarik perhatian pengadil untuk mendapatkan sepakan penalti jelas sekali menunujukkan usaha itu adalah usaha yang sia-sia.

6) Perbualan di luar padang bukan tertumpu untuk rancangan strategi tetapi lebih kepada hal-hal lain seperti contoh mengingat kembali skrip-skrip dalam filem P.Ramlee, dah beli rumah ke belum?,perihal anak-anak kecil,RAIS...siapa rais?

7) Penggunaan balm gamat Langkawi kurang menyengat.

8) Melihat strategi pasukan lain adalah bagus tetapi diselang-seli dengan sesi provokasi terhadap pengadil dan penjaga garisan.

9) Padang bukan sahaja medan mempamerkan kemahiran bola sepak yang ada. Ia juga menjadi pentas pemain-pemain 'berlakon'.

10) Adakah jambu yang segar turut menyumbang kepancitan pemain? Terima kasih Pengerusi atas tajaan jambu segar itu!!!

(Sebahagiannya adalah gurauan dan imiginasi penulis semata-mata, tiada melibatkan unsur-unsur mala fide...Sila tambah lagi faktor yang lain di ruang ulasan)

Apa-apa pun alasan dan faktornya, semangat kesukanan jelas terpamer pada diri setiap pemain, terima kasih syabas pada kalian semua!

Keputusan Lengkap.

Berikut adalah keputusan lengkap bagi Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring PKG Zon Cheras.

Bola Sepak

Tempat: SAM Bt 10
Pencapaian: Sekadar berpuas hati di tempat ke-3 dalam kumpulan.(kegagalan melayakkan diri ke peringkat seterusnya akan dianalisakan pada entri yang berikutnya)

Bola Jaring

Tempat: SK Dusun Nanding
Pencapaian: Johan. Seterusnya mewakili Zon Cheras ke peringkat Daerah. Tahniah diucapkan!!!

gambar akan di'upload' dalam masa terdekat...

Mesyuarat AJK BKWK (8/5/2009)...



Mesyuarat ini telah membincangkan berkenaan sambutan Hari Guru SKBTHO. Kami juga telah bersepakat membawa berkat bahawa acara Bertukar-tukar Hadiah adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Jadi, sekiranya ada ingin juga bertukar hadiah, bertukar2lah dengan sesiapa jua yang anda suka dan berapa nilai yang anda inginkan. Insya Allah taklimat sambutan Hari Guru akan diadakan pada 12/05/2009 (selasa).

Jumaat, 8 Mei 2009

Melayu mudah lupa...

Kita mungkin akan terlupa bahawa pagi esok :

1) Kawan2 perempuan kita akan lawan bola jaring di SK Dusun Nanding
2) Kawan2 lelaki kita akan lawan bola sepak di SAM Batu 10.

Sekiranya anda tidak lupa dan ada masa, jom sama-sama beri sokongan kepada wira-wirawati kita ini.

Mesyuarat AJK BKWK

Malam ini, jam 8.30 malam, bertempat di Restoran Siakap akan diadakan mesyuarat AJK BKWK. Agenda utama adalah sambutan Hari Guru. Meeting ini terpaksa diadakan di luar 'waktu dan kawasan' kerana kami dinasihatkan tidak menganggu waktu P&P sekolah. Walaubagaimanapun tiada unsur rasuah daripada menantu pemilik restoran ini semasa pemilihan lokasi dibuat.

*Kami akan cuba adakan lintas langsung sidang mesyuarat ini melalui yahoo messenger.
Yahoo id atau nickname : bkwk.2009

Kecoh

2, 3 hari ni sekolah kita kecoh dengan teka-teki : siapa yang bertunang tu ? Masing2 cuba meneka siapa orangnya ? Ini membuatkan guru-guru yang masih 'suci' tak senang duduk dan berdiri. Ada yang sanggup bersumpah-sumpah bagi menafikan bahawa dia yang dimaksudkan itu. Ada yang terpaksa mengaku dah bertunang walaupun mungkin bukan dia yang dimaksudkan. Persatuan Guru-Guru Bujang SKBTHO telah melahirkan rasa dukacita atas 'wabak' ini.

Rabu, 6 Mei 2009

AWAS

Sila berhati-hati terhadap barangan anda yang bernilai tinggi, terutama handphone dan laptop. Pastikan ia tidak terdedah kepada risiko kecurian. Seorang guru kita telah kecurian laptopnya. Alhamdulillah, pencurinya dapat dikesan dan berjaya menemui laptopnya semula. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita.

Penolong Kanan Kurikulum baru ?




1. Adakah Pn. Noreda sudah berpindah sekolah ?

2. Adakah Pn. Noreda telah tukar kereta ?

3. Apa khabar Pn. Noreda ?

4. Mungkinkah pemilik kenderaan ini terlalu merinduinya ?

Sekadar info...

*Pengurus pasukan bolasepak, En. AB Khalid kelihatan masih kurang berpuashati dan perasaan terhadap mutu permainan para pemainnya.


Pasukan bolasepak dan bola jaring (warga kerja SKBTHO) telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menghadapi perlawanan pada peringkat zon Cheras. Guru sesi petang tetap turun berlatih walaupun berbaju kurung dan berbaju kemeja serta berseluar slack. Guru sesi pagi pula sanggup datang semula ke sekolah semata-mata untuk berlatih. Tahniah dan syabas !

Selasa, 5 Mei 2009

Perjumpaan Ibubapa Murid Kelas KIA2M



5 Mei 2009. Majlis Perjumpaan dengan Ibubapa murid-murid Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) berjalan lancar.
Bermula jam 3.50 petang lagi ramai ibubapa sudah mula kelihatan memasuki pintu pagar utama sekolah. Jam 4.00 petang mula mendaftarkan diri. Majlis bermula jam 4.15 petang dengan dipengerusikan oleh En. Ahmad Nizam. Bermula dengan ucapan alu-aluan pengerusi diikuti dengan bacaan doa kemudian ucapan Penyelia Petang Pn. Zaitun Bt Mat Aref. Sesi soal jawab berjalan dengan lancar di mana perbagai persoalan dan cadangan diajukan dari pihak ibubapa.
Barisan guru-guru yang terlibat dengan KIA2M begitu mengambil berat terhadap anak didik mereka bagaikan anak sendiri... Pelbagai masalah cuba diselesaikan oleh pihak sekolah disamping bimbingan dari ibubapa di rumah amat diperlukan supaya murid-murid ini dapat menguasai membaca dan menulis dengan cepat.

Syabas dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, tidak lupa terima kasih kepada ibubapa yang sudi datang dan mengambil berat terhadap anak-anak mereka... Kejayaan mereka semua... turut sama dirai...
THE BEST WAY TO MAKE YOUR DREAMS COME TRUE IS TO WAKE UP AND WORK...

Selamat bertunang

Sejarah tercipta lagi di sekolah kita. Pertemuan... dari mata turun ke hati. Selamat bertunang. Semoga ikatan yg dibina akan berpanjangan ke alam perkahwinan.

* Selamat meneka gerangan orang yang dimaksudkan.

Isnin, 4 Mei 2009

Muktamad




Pemilihan Agrotek Garden Resort, Hulu Langat sebagai lokasi LADAP pada 30 hingga 31/5/2009 nanti telah dimuktamadkan petang tadi. Pn. Zainab (kaunseling) telah membuat pembayaran 'booking'. Insya Allah LADAP ini akan dibuat dalam suasana santai. BKWK juga bersetuju untuk 'bayar' pakej permainan rakyat / telematch, iaitu 4 acara di darat dan 4 lagi di air.

*Nota : Pemakaian bikini adalah tidak digalakkan.

Rabu, 29 April 2009

Pelajaran Muzik Hari ini.



Bersedia menerima tempahan kenduri-kendara dan majlis-majlis keramaian.

Hubungi kami.

Selasa, 28 April 2009

Selamat Hari Guru

Dengar cerita...

Dengar cerita kononnya LADAP ke 2 iaitu pada 16/5/2009 akan ditunda ke 20/6/2009. Bagaimana pula dengan LADAP pada 30 - 31/5/2009 nanti ? Harap pihak yang berkenaan dapat mengesahkannya dengan kadar segera. Keadaan yang belum pasti akan menyusahkan guru-guru. Seperti manusia yang lain, guru-guru juga mahukan keadilan.

Sabtu, 25 April 2009

Lawatan ke Pusat Sains Negara

Alhamdulillah, program lawatan ini telah selamat dijalankan. Terima kasih di atas kerjasama semua guru pengiring. Ada guru yang kecewa dan marah kononnya kerana tak diajak join lawatan ni. Kepada mereka, saya mohon maaf. Semua guru adalah kawan n geng saya, kalau diajak semuanya, maka tinggal pentadbir saja yang berLADAP. Saya juga perlu utamakan AJK BKWK kerana ini adalah program BKWK. Semoga kawan-kawan yang berkenaan memahami keadaan ini. Terima kasih.

Jumaat, 24 April 2009

Selamat...

Selamat Ber LADAP.
Semoga kita dapat menjaga ADAB.
Semoga makanan yang disajikan SEDAP.

Selamat BerLAWATAN.
Semoga dapat jaga KESELAMATAN.

Doa dan Harapan

Semoga Pasukan Nasyid sekolah kita mendapat kejayaan yang cemerlang malam ini.

*Sape2 yang free malam ni, jenguk2 la budak-budak kita di SBPI Gombak (jalan lama menuju UIA).
;