Ahad, 12 Julai 2009

Sambutan Isra' & Mikraj


Cadangan banner/backdrop untuk Majlis Sambutan Israk dan Mikraj peringkat sekolah. Sebarang pandangan dan cadangan dialu-alukan...

Jumaat, 10 Julai 2009

Jom Pi Sabah

Harga terbaru MAS dari KK ke KLIA. Tarikh 11 Disember 2009. Flight jam 04.20 petang. RM 99 sahaja (termasuk tax).

Harga tiket kapal terbang Airasia dari LCCT ke KK. Tarikh 09 Disember 2009. Flight jam 1020 pagi. RM 176 (termasuk tax).

Harga tour package termasuk hotel 3* di Sabah = RM 330

Jumlah : RM 605.00 (berdasarkan semakan pada 10/7/2009)

...............................................................
Kami akan booking penerbangan balik dahulu (melalui MAS) dengan harga RM 99.00 seorang.
Penerbangan pergi ditangguhkan sehingga ada diskaun tiket murah.

*Sesiapa yang berminat, sila bayar kpd saya dgn kadar segera. Jgn lupa bagi no. ic dan nama penuh.

Zaki : 019 - 360 8298

Khamis, 9 Julai 2009

Terkini... Ter NOW : Virus H1N1 di SKBTHO

Seorang murid Tahun 5 Lili telah disahkan positif H1N1. Sama2lah kita berdoa agar murid berkenaan cepat sembuh. Esok (10/7/2009) semua guru Tahun 5 dikehendaki berada di tapak perhimpunan Tahun 5 (seperti biasa) untuk sesi pemeriksaan kesihatan.

Rabu, 8 Julai 2009

Jawatan Kosong @ SKBTHO

Guru ganti bagi subjek BI, Matematik dan Sains diperlukan di SKBTHO dengan kadar segera. Sila berhubung dengan pejabat sekolah untuk maklumat lanjut.

*Tiada ganjaran/komisyen untuk introducer.

Selasa, 7 Julai 2009

Trip to Sabah

Tarikh (cadangan) : 09 - 11 Disember 2009

Bayaran : RM 330 (tidak termasuk tambang kapal terbang)
*Tambang Kapal Terbang AirAsia (harga semasa) : RM 352

Itinerary
(Day 1)

Meet upon arrival at airport. Proceed for City Tour (3hrs).
Visit:
 Sabah Foundation Building (Photo Stop)
 City Mosque (Photo Stop)
 Signal Hill (Photo Stop)
 Handicraft Market (Shopping Stop)
 Sabah State Museum (45 Minutes Visit)
Lunch at Sri Delima Restaurant.
Transfer to hotel and check in.

(Day 2)

Breakfast at hotel.
Meet at hotel lobby.
Proceed 2 hour drive to Pekan Nabalu for handicraft shopping.
Visit Kinabalu National Park
Lunch at local restaurant (Restoran Sri Papar or similar)
Visit Poring Hot Spring. Activities in Poring Hot Spring:
Canopy Walkway (Camera Fee by own expenses)
Hot Spring (Indoor bathtub by own expenses)
Return back to Kota Kinabalu in afternoon.
(Arrival estimated at 1830hrs)

(Day 3)

Breakfast at hotel.
Free and easy (Check out before 1200hrs)
Meet at hotel lobby and transfer to airport. (2 hour before departure)

*pakej makanan : breakfast (day 2 & 3) dan lunch (day 1 & 2).

...........................................................
Sape2 yang berminat, sila kontek saya :
h.p :019-360 8298
email : zaki.skbtho@yahoo.com

menyampah...

Apa erti semua ini !?
.
Walaupun acara sukan sudah berlalu kira-kira setengah jam, namun inilah yang ditinggalkan oleh (sesetengah) warga sekolah kita..., SAMPAH. Atas rasa tanggungjawab menjaga nama baik sekolah, anggota Persatuan Guru Tiada Teruna SKBTHO telah mengutip serta membersihkan sampah di sekitar stadium berkenaan. Walaupun masih penat dan letih dengan tugasan sebelumnya mereka tetap berjaya melaksanakan amanah berkenaan. Syabas diucapkan.

Isnin, 6 Julai 2009

REKOD WIRA 2009


Walaupun tak bergelar juara Sukan SKBTHO 2009, namun rumah Wira mencatat rekod tersendiri. Antaranya :



1) Rumah sukan pertama dalam sejarah SKBTHO yang menggunakan maskot dalam acara perbarisan. Maskot WIRAMAN menjadi tumpuan seluruh warga stadium.
2) Menduduki tempat ke-3. (Biasanya tempat ke-4 atau ke-5 je)
3) Memecahkan beberapa rekod acara balapan. (disahkan oleh Panel Statistik 2009)
4) Atlet Wira bergelar tunas harapan. Ada harapan untuk 2 tahun akan datang.

Sekitar Sukan Tahunan SKBTHO 2009... (sambungan)

Pasukan Tiara segak bergaya dengan jersi biru dan belon yang ditempah khas

Emak penasihat Pasukan Wira, anak pula peminat setia Pasukan Tiara...

sedang mengatur strategi terakhir Pasukan Satria...

Pelajaran kita pada hari ini ialah...

AJK Statistik

Pn. Zarita sedang menunjukkan kebolehannya menulis dgn pantas...

Pn. Zaidah : "bagi sandwich tu pada saya..."
Pn. Hasliza : "mana boleh, ni saya punya."

Ahad, 5 Julai 2009

Ragam Dan Aksi Sekitar Kejohanan Sukan Di Stadium UPM

[Beginilah semangatnya warga guru dan murid skbtho sampai tiang lampu stadium pun nak diangkut pulang.almaklumlah, kat sekolah takde tiang lampu camtu, apatah lagi stadium... ]

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 12 kini melabuhkan tirai dengan mengekalkan siri kejuaraan oleh rumah Tiara. Syabas diucapkan kepada seluruh warga guru dan murid SKBTHO yang telah menjayakan acara sukan tahunan tersebut dengan penuh cemerlang. Buat rumah sukan yang lain, teruskan misi anda untuk merampas kejuaraan daripada rumah Tiara yang kini semakin gah dan 'bangga'.

Ikuti rakaman ragam dan aksi guru dan murid SKBTHO di http://www.lensa-bkwk.blogspot.com/

Khamis, 2 Julai 2009

Perjumpaan Tergempar Rumah ............????

KHAMIS ( 2 Julai 2009 ) - 7.50 Pagi
Di saat semua warga pelajar menanti saat2 bermulanya acara tarik tali, dengan suasana muram dan cuaca hujan yang mula membasahi bumi skbtho, lensa bkwk tertumpu pada satu sudut di kantin di mana terdapat sebuah rumah sukan sedang mengadakan perjumpaan tergempar. Difahamkan perjumpaan tersebut ada kaitan dengan reputasi rumah sukan tersebut yang kini sedang dilanda gelora. Kedengaran 'orang kuat' rumah tersebut sedang memberi amaran akan memecat mana-mana ahli yang gagal memberi sumbangan pingat kepada peningkatan rangking bagi rumah itu. Apapun kita sama-sama nantikan keputusan terkini bagi acara tarik tali yang bakal diadakan pada bila-bila masa. ( Jika cuaca mengizinkan ).

Rabu, 1 Julai 2009

Pemecah Tradisi Saga...


Inilah dia wajah yang memecahkan rekod saga. Selama 2 tahun Rumah Saga ketandusan emas, namun kehadiran "jaguh" baru ini berjaya memadamkan rekod tersebut. Inilah emas pertama dalam 2 tahun.Hebat bukan?Lihatlah betapa ceria wajah Pengurus Rumah Saga, En. Ijal.Tak pernah dia seceria ini dalam 2 tahun.Ada ura2 mengatakan "jaguh" ini bakal dipancing oleh rumah sukan lain.Kita soroti kisah ini pada tahun hadapan....

RM 15.00 sahaja.

BKWK bercadang menyediakan komputer yang dilengkap dengan kemudahan internet streamyx dan printer di bilik guru (Blok A). Sehubungan dengan itu, sumbangan anda amat diperlukan bagi merealisasikan cadangan ini. Jumlah yang diperlukan adalah sebanyak RM 15.00. Bayaran boleh dibuat melalui En. Ahmad Nizam atau En. Hazrin. Terima kasih.

*Sebarang bantahan terhadap cadangan ini hendaklah dikemukakan kepada mana-mana AJK BKWK 2009.

Selasa, 30 Jun 2009

EMAIL

Semua warga kerja SKBTHO diminta menyediakan alamat email melalui akaun yahoo. Ini untuk seragamkan alamat email kita dalam laman web skbtho yang sedang dinaiktaraf. Alamat email berkenaan hendaklah berdasarkan format / contoh dibawah:

zaki.skbtho@yahoo.com

*Nota.
1. Sila gunakan nama anda dan diikuti dengan .skbtho
2. Penggunaan nama manja, samaran atau sensasi adalah dilarang.
3. Sila sediakan alamat email ini selewat-lewatnya pada 09/07/2009.
4. Sesi taklimat penggunaan email dan yahoo messenger akan diadakan dalam tempoh masa terdekat.
5. Terima kasih di atas kerjasama anda.

'Perang' Semakin Terasa !!!

Terkini dari kejohanan sukan tahunan SKBTHO :

Kelihatan dua orang kuat bagi pasukan rumah masing-masing sedang memberi motivasi untuk melihat wakil peserta bagi rumah mereka mampu melepasi galah lompat tinggi.
(En. Azam nampaknya sedang mengurut badan peserta tersebut bagi memastikan perjalanan darah lancar dan lompat lebih tinggi, Manakala En. Shahrizal pula memberi amaran keras jika peserta tersebut gagal melepasi galah tersebut)

Paparan aksi kejohanan di www.lensa-bkwk.blogspot.com

Isnin, 29 Jun 2009

FACEBOOK

Tahukah anda siapa pengasasnya ? Ke mana perginya keuntungan daripada Facebook tu...
Klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/06/facebook-milik-yahudi-rupanya.html

Ahad, 28 Jun 2009

BILIK APAKAH INI?

Setelah setengah hari suntuk memerah tenaga, keringat dan peluh meleleh.. maka bilik ini berubat wajah... ramai yang tak percaya.... adakah ini bilik SPBT?.... ya bilik SPBT telah berubah status... cuma orgnye je yang belum lagi... cepat2 lah yer...

Jumaat, 26 Jun 2009

Dunia telah ditinggalkan...

Dunia telah ditinggalkan oleh Michael Jackson pada 12.30 p.m (waktu Los Angeles) di UCLA Medical Center. Usia beliau sebelum kejadian itu ialah 50 tahun. Sila semak berita online untuk maklumat lanjut.

Khamis, 25 Jun 2009

Parti Durian


Salah seorang Ahli Parlimen yang tumpang duduk semeja...
*Hadi sedang merenung nasibnya sebagai kakitangan kerajaan
.

Azizun sedang berusaha menghiburkan Hadi yang sentiasa terbayangkan Tawau.

Buah tangan untuk sape tu.....?

Acara di luar dewan.

Seramai 17 orang warga kerja SKBTHO telah menghadiri satu parti durian yang telah diadakan di suatu kawasan larangan. Parti ini turut dihadiri oleh ramai menteri, timbalan dan juga ahli parlimen yang lain. Walaubagaimanapun Pendana Menteri dan timbalannya tidak dapat hadir atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Para tetamu dihidangkan dengan buah durian jenis D24, pulut durian, serawa / bubur durian, cendol dan pelbagai buah-buahan tempatan lain.

Kuiz Kesihatan 2009

Alhamdulillah, pasukan sekolah kita telah berjaya mendapat tempat pertama dalam kuiz kesihatan (sekolah rendah) peringkat Negeri Selangor. Insya Allah pasukan kita akan mewakili Selangor pada peringkat kebangsaan di Sabah. Tahniah dan syabas kepada para peserta dan guru-guru yang terlibat dalam kuiz berkenaan.

Rabu, 24 Jun 2009

Mereka Telah Dihukum ???

Ketika semua guru kelas sesi pagi sedang sibuk berhempas pulas bertemu dengan ibubapa murid dikelas masing-masing sempena hari konferensi skbtho sebentar tadi, lensa bkwk-skbtho telah digemparkan dengan peristiwa yang amat mengejutkan apabila mendapati tiga individu sedang menjalani 'hukuman'. Sejurus tiba ditempat kejadian, dengan keadaan sunyi sepi kelihatan wajah-wajah sayu begitu asyik menjalani hukuman tersebut walaupun difahamkan kedengaran 'suara-suara' kantin memanggil mereka....

Bila disoal siasat terhadap salah seorang individu tersebut, rupa-rupanya mereka bukanlah menjalani hukuman seperti yang digemparkan oleh sumber-sumber yang tak berapa boleh dipercayai. Mereka sebenarnya sedang membantu rakan-rakan seangkatan untuk menyiapkan soalan peperiksaan bagi murid tahun enam yang akan menghadapi ujian pada hari khamis ini. Kerajinan dan Ketekunan ketiga-tiga individu ini wajar dicontohi kerana tidak semua tugas memerlukan arahan, tetapi dengan rasa perihatin, tugas itu telah dibantu dengan penuh jayanya. Syabas dan Tahniah !!!

* Ketiga-tiga individu tersebut tidak membenarkan wajah mereka disiarkan sepenuhnya atas alasan keselamatan negara.

;