Ahad, 25 April 2010

Hari Guru SKBTHO 2010

Sambutan hari guru akan diadakan pada 17hb. Mei 2010 (Isnin). Tiada tema (pakaian) yang ditetapkan, cuma warga SKBTHO digalakkan untuk memakai pakaian sukan. Ini kerana pelbagai aktiviti yg bercorak sukaneka akan diadakan. Pembahagian kumpulan pula adalah berdasarkan rumah sukan masing-masing. Murid2 juga akan ditempatkan dalam kumpulan rumah sukan masing2. Ini untuk memudahkan kawalan disiplin.Konsep permainan adalah seperti yang kita lalui ketika aktiviti LADAP di Agrotek tahun lepas. Setiap rumah sukan perlu menghantar wakil dalam setiap acara yang dipertandingkan. Selain itu, murid juga akan dilibatkan dalam setiap acara. Pemenang (keseluruhan) adalah berdasarkan kutipan mata bagi setiap acara. Semoga idea dan perancangan ini mendapat kerjasama dan sokongan drpd semua pihak. Terima kasih.

.
* BKWK sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen drpd warga kerja SKBTHO.

Sabtu, 23 Januari 2010

Terima kasih...

Terima kasih kepada semua rakan setugas (bilik guru A) yang sudi datang gotong-royong mengemas bilik guru pagi tadi. Komitmen dan kerjasama anda semua amat dihargai.

Jumaat, 15 Januari 2010

Gotong Royong

Gotong royong mengemas bilik guru (blok A) akan diadakan pada 23hb. Januari 2010 (Sabtu). Semua guru (blok A) diharap dapat menghadirkan diri dalam aktiviti ini untuk kepentingan bersama. Jamuan ringan akan disediakan. Kerjasama anda semua amat dihargai. Terima kasih.
.
*aktiviti bermula pada pukul 8.30 pagi.

Takziah

Takziah buat Cikgu Syamar Nizam di atas 'kehilangan' bonda tercinta pada 14.01.2010 (semalam). Semoga Cikgu Syamar terus tabah dan bersabar di atas 'ujian' ini.

Selasa, 5 Januari 2010

Adakah anda masih selamat...?

Guru patut akur arahan bertukar

dipetik drpd Berita Harian

Enggan pindah punca jumlah tenaga pengajar tidak seimbang: Muhyiddin

SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas sikap segelintir guru yang sentiasa mengemukakan rayuan sama ada ditukarkan ke sekolah lain atau terus kekal di sekolah tertentu sehingga menjejaskan usaha kerajaan memantapkan sistem pendidikan negara.

Malah, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri tidak terkecuali dihujani permohonan guru yang merayu supaya tidak ditukarkan atau ditukarkan ke sekolah lain.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, tindakan guru terbabit akan menyebabkan kementerian berdepan dengan masalah lebihan guru di sesetengah sekolah, manakala di tempat lain menghadapi masalah kekurangan guru.

"Ia (tindakan) satu masalah pada kementerian kerana jika dia berminat untuk kekal selama-lamanya, kita akan berdepan dengan masalah kekurangan dan lebihan guru.

"Sebagai contoh, ada negeri yang kurang guru dan ada negeri yang lebih guru kerana guru tidak mahu ditukarkan ke negeri lain," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari di Bandar Pinggiran Subang di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom.

Muhyiddin berkata, sebagai kakitangan kerajaan yang tertakluk pada arahan kementerian, guru harus memahami jika kementerian memutuskan untuk menukar, memindah atau menempatkan mereka di sekolah tertentu.

Beliau berkata, tindakan tukar-menukar sekolah tidak dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya berdasarkan keperluan sekolah dan mata pelajaran yang diajar di sekolah itu.

Dalam isu berkaitan, Timbalan Perdana Menteri berkata, sebanyak 76 sekolah baru termasuk 40 SK yang boleh menampung 58,140 pelajar akan mula beroperasi tahun ini.

Daripada jumlah itu, 20 sekolah termasuk 11 SK dibuka bulan ini, manakala selebihnya Jun depan.

Mengulas keadaan sesak di SK Subang Bestari, Muhyiddin berkata, bagi menangani masalah itu pihaknya menyediakan peruntukan untuk membina sekolah baru di kawasan berhampiran bagi menampung bilangan murid yang kini mencecah 3,260 orang.

"Ibu bapa boleh menghantar anak mereka ke sekolah baru pada sesi persekolahan awal 2012 dan sebagai langkah jangka pendek bagi mengurangkan kesesakan di sekolah itu kementerian menyediakan kabin yang selesa dan kondusif.

"Jika sekolah mempunyai pelajar yang melebihi nisbah sepatutnya iaitu sehingga satu kelas 40 hingga 50 pelajar, ia boleh menjejaskan proses pembelajaran," katanya.

Sementara itu, Alimuddin berkata kementerian sedang ke arah menjadikan pembelajaran satu sesi di semua sekolah di seluruh negara tetapi enggan menyatakan bila ia boleh dilaksanakan.

Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Kembali Bertugas...

Selamat kembali bertugas warga guru SKBTHO. Segala perkara negatif kita tinggalkan bersama 2009. Kita bawa bersama semangat yang baru, etika kerja berpasukan dan istiqomah dalam menjayakan rancangan kita bagi mendidik anak bangsa. Selamat bertugas juga kepada guru-guru baru terutama guru2 yang baru 'posting'. Semoga kehadiran kalian akan 'memeriahkan' lagi SKBTHO. Welcome to the club...

Selasa, 8 Disember 2009

Jangan main2 tau...

Pengetua, guru besar mungkin diberi kuasa ambil, pecat guru

KUALA LUMPUR: Pengetua atau guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat guru di sekolah mereka pada masa depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata perkara itu akan dipertimbangkan dalam usaha kementerian untuk merevolusikan sistem pendidikan negara.

Selain itu, kementerian turut mewujudkan ba'iah baru untuk membawa perubahan yang dapat memberi kecemerlangan kepada sekolah-sekolah.

.... baca selanjutnya di Berita Harian online.


Rabu, 2 Disember 2009

Trip ke Guangzhou, China

Tarikh : 09 hingga 12hb. Jun 2010.
Bayaran : RM 1,500.00 sahaja. Boleh bayar 4 kali (RM100 + RM400 + RM500 + RM500).
Bayaran pertama : Gaji bulan Januari 2010.
Pakej : All in. (termasuk visa).
.
*Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Zaki (019-3608298).

Terima kasih...

Sekalung penghargaan buat semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan Malam Apresiasi Gemilang 2009. Ampun dan maaf juga dipinta di atas segala kekurangan/kelemahan dalam majlis berkenaan.

Selasa, 17 November 2009

MALAM APRESIASI GEMILANG

Tarikh : 22hb. November 2009
Masa : 7.45 malam
Tempat : SK Bandar Tun Hussein Onn
.
Tema pakaian : Jalur / Petak

Isnin, 16 November 2009

Tunggu apa lagi....?

*Kosmo : 05 Sept. 2009

Guru lelaki SKBTHO yang menyahut seruan ini :

1) En. Ashraff

2) ........ (12/2009)

.

Nota : yang lain2 tu tunggu apa lagi...?


Ahad, 8 November 2009

GOMO vs HOBEN



Hadi : 1 vs Mala : 3

.

.

*gomo tidak sama seperti gomol.


Tragedi 711

Toyota Avanza

Kenderaan 4X4


Semalam (07/11/2009) merupakan hari yang sangat istimewa buat sahabat kita iaitu Ustaz Azarzi. Pelbagai peristiwa telah berlaku terhadap dirinya terutama ketika kehadiran beliau ke Program Perkhemahan Tahun 6 SKBTHO yang bertempat di Ulu Yam, Gombak. Bermula dengan perjalanan yang tersasar (sesat) ke laluan 4X4, kenderaan tersekat oleh batu besar, jatuh tergelincir, ***** dan sesi ceramah terbantut. Semoga peristiwa berkenaan tidak mematahkan semangat beliau untuk menghadiri program perkhemahan lagi pada masa hadapan.

Sabtu, 7 November 2009

Selamat Berjuang

Selamat pengantin baru buat En. Ashraff dengan pasangan Pn. Jamnah. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Takziah

Takziah buat sahabat kita, Cikgu Ashraff di atas 'pemergian' ayahanda tersayang pada 29hb. Oktober 2009. Semoga beliau bersabar dan tabah menghadapi dugaan dan ujian ini.

Selasa, 20 Oktober 2009

Dugaan buat seorang sahabat

Dalam pada kita sibuk dengan persiapan jogathon, pksr dan hari anugerah... sahabat kita iaitu En. Ashraff sedang menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah. Ayah sahabat kita ini sedang sakit (kritikal) dan dirawat di Hospital Taiping, Perak. Sahabat kita ini juga bakal mengakhiri zaman 'suci' beliau pada 07.11.2009 nanti. Sama-samalah kita doakan agar En. Ashraff tabah dan tenang menghadapi ujian dan dugaan ini.

Sumbangan untuk Program Kembara Keluarga SKBTHO 2009


Terima kasih kepada Tabung Haji, Putrajaya kerana sudi memberi sumbangan untuk Program Kembara Keluarga SKBTHO 2009 yang julung2 kali diadakan ini.

PEMBALAKAN

Kayu Balak
.

Pengkalan Balak, Melaka

.

Michael Ballack


'Balak'



Jangan marah...



Tengahari tadi berlangsung mesyuarat bagi membincangan cadangan kedudukan guru2 pada tahun hadapan (2010). Sesungguhnya pihak ketua panitia dan pentadbir telah berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi kepentingan murid (sekolah). Jika cadangan2 itu diterima, pastinya ada yang akan terasa hati... kecewa.... marah.... dan sudah tentu ada juga yang akan bergembira. Justeru, kepada yang bakal ditukar ke pagi / petang / tahun 6, harap dapat menerimanya dengan hati terbuka dan reda. Jangan lagi ada perasaan dendam dan benci kepada rakan / pentadbir. Sesekali, cuba fikirkan jika kita berada di tempat rakan2 atau pentadbir kita tu...Buktikan bahawa kita adalah dari golongan yang rasional dan bertindak secara profesional.

Cara untuk dapat penerbangan percuma seumur hidup.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki dalam pesawat AirAsia ketika dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching, malam tadi. Liew Siaw Hsia, 31, selamat melahirkan bayi pramatang dengan bantuan seorang doktor yang dikenali sebagai Ronald dan krew pesawat itu yang menyediakan tempat sesuai bagi membolehkan wanita berkenaan melahirkan bayinya. Pembantu Khas Pengerusi AirAsia, Edd Razhe, berkata wanita itu mengadu sakit perut selepas kira-kira setengah jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang pada jam 7.05 malam.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan penerbangan AK5606 itu terpaksa mengalihkan laluan ke Terminal Penerbangan Murah (LCCT) di Sepang. "Sebaik mendarat, ambulans yang telah sedia menunggu di lapangan terbang itu terus membawa wanita berkenaan bersama bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Edd berkata, sebagai tanda penghargaan, AirAsia akan memberikan penerbangan percuma kepada Liew dan bayinya ke semua destinasi penerbangan untuk seumur hidup.
Beliau berkata, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes, yang berada di Bangkok, Thailand, akan pulang ke Kuala Lumpur bagi meraikan kelahiran bayi itu pada satu majlis istimewa di Hospital Putrajaya petang ini. "AirAsia juga meminta Dr Ronald yang sama-sama membantu menyambut kelahiran bayi itu agar menghubungi AirAsia untuk diberikan penghargaan atas jasa dan bantuan yang diberikan," katanya. - Bernama
;