Jumaat, 2 Oktober 2009

Kami Sedia Membantu...



Beberapa orang guru daripada Tim Lelaki SKBTHO telah menziarahi En. Saleh yang telah dibelah dada dan dipotong urat kakinya di Hospital Serdang. Setibanya di sana, tim ini amat TERKEJUT melihat keadaan En. Saleh. Sila pujuk dan rayu pada tim ini untuk mengetahui keadaan yang membuatkan mereka terkejut. Tim ini juga sedia membantu sekiranya anda ingin mengetahui lokasi wad berkenaan.

*tim = team.

Terkini (05/10/2009) : Berita diterima jam 4.20 petang, En. Saleh telah keluar wad.

Belah Dada

En. Salehuddin telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) pada 29hb Sept. 2009 yang lalu. Dada beliau telah dibedah / belah di Hospital Serdang. Beliau kini ditempatkan di Wad 6F (katil 12) hospital berkenaan. Sama-samalah kita doakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat bertugas seperti biasa.
;