Jumaat, 5 Jun 2009

Celcom Broadband

Kepada ahli 'kelab' Celcom Broadband, anda mungkin pernah mengalami masalah dengan broadband anda. Contohnya, speed slow / terlalu slow, susah nak connect, tak boleh download atau upload sesuatu file. Untuk pengetahuan anda, kadar bandwidth celcom broadband cuma 5GB sahaja untuk sebulan. Sila semak melalui link ini. Maksudnya, jika anda banyak download / upload lagu atau movie, dan telah mencapai jumlah 5GB berkenaan, pihak celcom akan mengurangkan kelajuan internet anda. Walaubagaimanapun, masa penggunaannya memang tiada had. Jadi, gunalah broadband anda dengan berhemah. Dgr khabar juga, pihak celcom akan menambah had bandwidth kepada 10GB. Tapi, bayarannya pun mesti bertambah jugak kan...

*had bandwidth untuk Maxis = 3GB, U Mobile 5GB dan DIGI = 50GB

Majlis Tamat Zaman Bujang

Lebih kurang pukul 2.00 petang (waktu Malaysia) ini, sahabat kita Cik Maznah Binti Bali akan menamatkan zaman bujangnya. Marilah kita mendoakan agar majlis pernikahan itu berjalan lancar dan hubungan yang terjalin akan kekal abadi. Majlis kenduri akan diadakan pada hari Ahad ini (7hb. Jun 2009). No. telefon Cikgu Maznah : 016-3581447.

*Kepada sesiapa yang pernah berkenan pada Cikgu Maznah, harap dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian ini. Kehidupan mesti diteruskan.

Tangguhkan perjalanan anda ke Australia...

400 kes selsema babi atau H1N1 telah dikesan di Australia. Untuk mengelak daripada dijangkiti wabak ini, sila tangguhkan atau batalkan saja perjalanan / percutian anda ke Australia. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

*sumber : channelnewsasia.com

Jangan Simpan Dokumen Penting Sekolah di Rumah Anda


Guru redah api selamatkan dokumen penting

SIK: Seorang guru mengambil tindakan ‘berani mati’ apabila meredah masuk ke dalam rumahnya di Kuarters Guru Sekolah Kebangsaan Jeneri (SKJ), di sini awal pagi se malam ketika api sedang ma rak hanya kerana ingin me nyelamatkan beberapa doku men penting milik sekolah dan keluarganya.Abd Halim Abd Rahman, 35, berkata ketika kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, dia sedang mi num bersama beberapa ra kannya di sebuah gerai tidak jauh dari kuarters berkenaan apabila dimaklumkan yang rumahnya terbakar.Menurutnya, dia kemudian bergegas pulang dan melihat api sudah marak di dapur rumahnya.“Perkara pertama yang ter lintas di fikiran ketika itu ialah dokumen penting milik sekolah dan keluarga di da lam bilik tidur dan tanpa berfikir panjang meredah masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik tidur untuk menyelamatkan semua dokumen berkenaan.“Syukur saya selamat dan semua dokumen itu berjaya dibawa keluar walaupun ba rangan lain di dalam rumah musnah sama sekaki menye babkan saya tinggal sehelai sepinggang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

(dipetik drpd. Harian Metro)
;