Selasa, 31 Mac 2009
Sekadar makluman...
Tahniah. Congratulation. Mabruk!!!
Awal pagi tadi satu berita gembira diterima. Isteri En Ahmad Nizam bin Sulaiman selamat melahirkan anak lelaki. Berikut pesanan ringkas yang diterima,
p/s:--Secara automatik, pertandingan namakan baby En Ahmad Nizam tidak dipertandingkan.
--Adakah sekarang ini musim ataupun fenomena?Hehehe...
Isnin, 30 Mac 2009
Tragedi di sebalik perkhemahan.
Dipetik drpd. Utusan Online.
30/03/2009 5:19pm
KLANG 30 Mac — Mayat murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Sri Andalas yang digali Jumaat lepas bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Lipat Kajang di sini hari ini.
Wan Muhamad Amir Dahalan, 11, meninggal ketika menyertai perkemahan di sebuah pusat latihan di Hulu Langat dari 19 hingga 21 Mac lepas. Pihak kem berkata mangsa meninggal dunia akibat lelah sementara pihak hospital melaporkan punca kematiannya adalah disebabkan patukan ular.
Keluarganya yang bingung dengan laporan yang bercanggah itu mahu punca sebenar kematian anaknya di kenal pasti. Jumaat lepas pasukan dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur dan polis mengeluarkan mayat Muhamad Amir yang dikebumikan pada 21 Mac lepas, setelah mendapat kebenaran mahkamah. Peguam yang mewakili keluarga mangsa, Gurdial Singh berkata, pihaknya kini menunggu laporan bedah siasat Jabatan Kimia yang dijangka siap minggu ini.
“Laporan bedah siasat ini adalah untuk mengesahkan tiada unsur-unsur lain yang menyebabkan kematian Amir selain dipatuk ular. Saya menunggu arahan keluarga mangsa dan laporan bedah siasat sama ada untuk memfailkan saman terhadap pengurusan kem atau tidak,” katanya. — Bernama
Nota : AJK Perkhemahan Unit Beruniform 2009, sila ambil perhatian dengan perkara ini.
LADAP
Bagaimana pula pendapat anda ?
Ahad, 29 Mac 2009
Guru & Politik
29/03/2009 8:37pm
KUALA LUMPUR 29 Mac — Cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar golongan pendidik terutama guru dalam kumpulan A diberi kelonggaran dan dibenarkan terlibat dalam kegiatan politik mendapat reaksi berbeza-beza pelbagai pihak.
Ada yang berkata langkah itu wajar dilakukan dan ada pula yang tidak bersetuju kerana bimbang ia akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran serta kemungkinan terpengaruh dengan parti pembangkang.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata NUTP menyambut baik cadangan Menteri Pelajaran bagi membuka peluang berpolitik kepada guru.
“Ini merupakan perkembangan positif yang diberikan kepada guru, jadi lebih ramailah golongan profesional dan berpendidikan akan terlibat secara langsung.
“Kalau boleh biarlah guru sahaja yang terlibat, bukan pegawai kerana kelak tidak mahu ada masalah di kalangan pegawai,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun, Hashim tidak menolak ada risiko yang bakal timbul, jadi beliau mencadangkan satu garis panduan yang jelas dan nyata mengenainya dikeluarkan.
Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Mohd Nardin Awang turut bersetuju dengan cadangan Hishammuddin itu dan berharap ia dilaksanakan.
“Jika diimbas semula dalam sejarah politik negara, guru adalah pencetus dan penggerak Umno. Guru memainkan peranan kerana sebagai pendidik, guru mempunyai pengaruh untuk memandu pemikiran masyarakat.
“Jadi cadangan Hishammuddin untuk membenarkan guru kumpulan A berpolitik amatlah baik. Cuma perlu dibuat pindaan tentang perkara ini kerana sekarang terdapat larangan guru menyertai politik,” katanya kepada Bernama.
Cadangan Hishammuddin itu bagaimanapun ditolak Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Abdul Karim Abdullah yang menganggap rancangan Menteri Pelajaran itu bakal menimbulkan masalah kelak.
“Saya khuatir tumpuan sedikit sebanyak terjejas jika guru-guru dibenarkan berpolitik. Ini kerana guru kini sangat berbeza dengan guru zaman dulu.
“Lagipun, kita tak pasti guru itu prokerajaan atau anti kerajaan, jadi nanti timbul salah faham politik dan pelajar pula yang akan jadi mangsa,” katanya kepada Bernama.
Beliau meminta rancangan itu diperhalusi dan dibincangkan ke peringkat akar umbi kerana ia bukan isu remeh.
Semasa menggulung perbahasan mengenai isu pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno semalam, Hishammuddin mencadangkan guru kumpulan A diberi kelonggaran untuk berpolitik.
— BERNAMA
Jumaat, 27 Mac 2009
Luahan hati seorang ibu....
Tahukah anda syarat-syarat bagi pendaftaran kemasukan murid Tahun Satu ?
Khamis, 26 Mac 2009
JOHAN...JUARA...JAGUH
Pasukan nasyid sekolah kita telah membuktikan bahawa merekalah johan, juara dan jaguh dalam daerah Hulu Langat. Dalam Karnival Tadarus Al-Qur'an yang diadakan di SAM Batu 10 pagi tadi, pasukan nasyid kita telah mendapat tempat pertama, Tilawah Al- Qur'an (lelaki) = johan dan tempat ketiga dalam acara Hafazan (perempuan).
Pengadil kah Yang Bersalah ???
Gambar : Jurulatih sedang membuat post-mortem kekalahan pasukan bolasepak SKBTHO.
Selamat Datang Ke Dunia
Info : jantina = sama seperti bapaknya, berat = 2.94 kg.
*Tahniah Cikgu Azizun, anda mampu melakukannya.
Rabu, 25 Mac 2009
Mesyuarat AJK BKWK (2/2009)
Malang nasibmu wahai kancil...
Kereta kancil milik Pn. Norwati telah dilanggar oleh 'orang luar' dalam kawasan sekolah. Kejadian itu berlaku dalam waktu tengahari. Pn. Norwati yang suka bertudung labuh itu dapat mengecam suspect berkenaan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai suspect dan keadaan kancil tersebut, sila berjumpa dengan Pn. Norwati sendiri. Temujanji tidak diperlukan.
Tandas = Toilet = Jamban
Gambar : 'Antara guru-guru yang tekun mendengar ceramah'.
Selasa, 24 Mac 2009
TRAGEDI DAN TERJADI
Walaupun ia suatu TRAGEDI yang tidak diingini, tapi apakan daya kita, ianya telah TERJADI.
Isnin, 23 Mac 2009
Berita Tidak Gembira
Amaran kepada pemandu-pemandu yang berkenaan: Sila memandu dengan lebih berhati-hati, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.
Jumaat, 20 Mac 2009
Sultan Sehari
Tarikh : 21hb. Mac 2009
Tempat : Blok D-3-17 Flat Taman Danau Kota, Setapak.
Masa : 12.00 tengahari - 4.00 petang ( jamuan makan)
1.30 petang (bersanding).
BKWK mendoakan agar ikatan perkahwinan yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat...