Ahad, 31 Mei 2009

Sukaneka @ LADAP

"alamak, seluar nak terlondeh la pulak..."


"kiri ... kanan..... kiri....."

Pose istimewa drpd Kumpulan Zul. (lihat gaya lakonan Azizun...)

Kumpulan Ahmad Nizam.


Kumpulan Zafarul Idham

Kumpulan TPM

Wajah-wajah riang...

Bateri punya hal...

*sukaneka, hadiah dan sesi karaoke ditaja sepenuhnya oleh BKWK 2009.

Jumaat, 29 Mei 2009

Apalah nasibku...


"mana aku nak tidur malam ni ? Tak kan bawah jambatan kut ...? "

Khamis, 28 Mei 2009

Gambar Perkhemahan 2009

Sementara mencari idea untuk tulis entri pada hari ini, sambil mendengar lagu Haikal (track 1) maka di muat naik kan gambar-gambar sekitar perkhemahan tempoh hari.



"Biskut ini bukan untuk dicicah dengan kopi O"


"Ingat, seorang buat salah...semua akan didenda!"


Kolam buat murid perempuan


Kolam buat murid lelaki


Kembara Belantara, berehat di pertengahn jalan.


(jangan lakukan aksi ini di rumah tanpa pengawasan pakar)


Duta Buluh Inn


"Oit, jln sini lah...oit sini lah...sakitlah tangan aku!"


"Kenapa tuan-tuan ini berlaku zalim terhadap kami"
"Kami nak mandi!!!"


Majlis penutup.


Terima kasih Encik Salehuddin yang berusaha memantau perkhemahan tiap-tiap hari dan merasnikan penutupan perkhemahan.

Ke'capek'an

Ramalan Tersasar Jauh.

Acara sukan sempena sambutan hari guru hari ini penuh dengan "kezutan". Ramalan sebelum ini akhirnya meleset sama sekali. Pasukan "underdog" menampilkan aksi penuh bertenaga. Katanya mereka-mereka ini minum kopi janda sebelum turun ke padang.

Acara Bola Kain : Pagi (4 gol) - Petang (2 gol)
*senarai penjaring terpaksa dirahsiakan bagi mengelak daripada ancaman.

Acara Tarik Tali : Team Pagi berjaya menjatuhkan Team Petang.

Tahniah atas kejayaan dan semangat yang diberikan. Sementara itu, pengacara majlis sukan memang berjaya mencetuskan situasi gamat penonton. Gandingan mereka berdua memang menjadi. Ramai yang dah "booking" gandingan ini untuk majlis akan datang. Cayalah!!

Panorama Camping 2009


Kelihatan "tuan-tuan" berlatih tarik tali.


Control kaki adik oii...yakin bolehhhh



Menikmati panorama yang indah.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

Guru-guru yang berjaya mendapat APC 2008.

1) Pn. Zainab Bt. Wahab
2) Cik Mastura Bt. Muhammad
3) En. Muhd. Najmi Bin Yatim
4) En. Mohd Sufian Hadi Bin Che Man
5)En. Reza Shahrezan Bin Baharuddin
6) En. Mohd Ashraff Bin Mohd Yusof
7) En. Mohd Nawarddy Bin Nawi
8) En. Mazwan Bin Mohd

Tahniah ! Kejayaan anda, inspirasi kami.

Terima Kasih

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam sambutan Hari Guru tadi. Kami juga ingin memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kekurangan dalam program berkenaan. Sesungguhnya yang terbaik itu daripada Allah Taala dan yang buruk itu daripada kami jua. Semoga AJK BKWK 2010 dapat membuat yang lebih baik lagi pada tahun hadapan. - (AJK BKWK 2009)

Selasa, 26 Mei 2009

SAMBUTAN HARI GURU

Selamat menyambut hari guru peringkat sekolah 2009

Isnin, 25 Mei 2009

BES 8730

Geng Camping sempat bergaya di atas motor yang ditemui di tengah hutan ketika sesi jungle treking. Walaubagaimanapun, pemilik kenderaan berkenaan gagal dikesan.

*kepada pemilik motor ini, sila jangan ambil tindakan mahkamah kerana beraksi dengan motor tanpa kebenaran anda.

Ahad, 24 Mei 2009

Al-Fatihah

Adalah dimaklumkan bahawa ayahanda sahabat kita, iaitu Ustaz Amiruddin dan bapa mertua Pn. Junainah telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu, 23 Mei 2009. Semoga roh mereka ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman. Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah....

*No. telefon bimbit :-
-Ustaz Amiruddin : 013-3970459
-Pn. Junainah : 017-3843051

Jumaat, 22 Mei 2009

Jom Bercuti di Cameron Highland

Tarikh : 18 - 19 Julai 2009 (Sabtu-Ahad)
Bayaran : RM 50.00 sahaja.

Pakej termasuk :
1. Pengangkutan SKBTHO-CH-SKBTHO
2. Penginapan di homestay (dikelilingi ladang strawberi dan pudina)
3. Makan 5 kali

* Terhad kepada 20 orang sahaja. Sekiranya anda berminat, sila kontek saya (Zaki).

Khamis, 21 Mei 2009

Rahsia Kejayaan PTK


Antara percaya dengan tidak, itu lah hakikat sebenarnya..Ramai kawan-kawan kita telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PTK..Salah seorang daripadanya ialah En Nizam..Inilah adalah rahsia kejayaan En Nizam..Kita ikuti temuramah saya dengan En Nizam..
Wartawan : Apa perasaan En selepas mendapat keputusan PTK tadi?
En Nizam : Alhamdulillah..Saya bagaikan tak percaya tadi..Syukur ke hadrat Illahi di atas kejayaan ini
Wartawan : Apa perasaan En sekarang?
En Nizam : Saya rasa sangat bangga..Lepas ni takde lagi la kawan2 yang dapat mengejek saya..
Wartawan : Kita tinggalkan kawan2 En tu..apa rahsia kejayaan En untuk mencapai kejayaan ni?
En Nizam : Rahsianya mudah saja...study tanpa jemu..mula2 jemu gak..tapi saya tabahkan diri ini..Kalau tuan puan tak percaya, sila rujuk gambar..
Wartawan : Mungkin ini rezeki Imran kot..
En Nizam : Oohhh yer..lupa saya..mungkin kot..saya terlupa sebab anak saya berada kat kg sekrang ni.hehehehe
Wartawan : Ok lah En nizam..saya dah lambat ni..saya balik dulu la k
En NIzam : Eh! takkan tu jer?buang masa saya betul la awak ni..
Wartawan : Sebelum saya lupa, tahniah En Nizam..
En Nizam : Terima Kasih...
Wartawan : Bye En Nizam
En Nizam : Bye..Take Care...See U..

Celcom Broadband


Para pengguna celcom broadband baru sedang menguji keberkesanannya. Di antara pengguna terawal (pakej ni) ialah En. Azlim, En. Hadi, En. Ashraf dan Pn. Rafidah. Sila bertanya kepada mereka mengenai 'kekuatan' broadband berkenaan. Sesi pertanyaan adalah percuma.

Habislah kita...


Tiga orang sahabat dunia akhirat sedang berbincang mengenai suatu alasan yang paling munasabah. Untuk mengetahui kenapa mereka perlu sediakan alasan berkenaan, sila bertanya kepada mereka sendiri.
.
*Awas ! sila pastikan mereka dalam mood yang baik sebelum anda bertanya.

Rahsia Terbongkar


Gambar menunjukkan En. Azlim sedang menemuramah Ahli Kelab Ibu Mengandung SKBTHO mengenai resepi / rahsia kehamilan mereka. Peristiwa yang bersejarah ini berlaku ketika guru-guru lain sibuk mencari Pn. Hazrina yang 'hilang'.

Rabu, 20 Mei 2009

PERSEMBAHAN KUMPULAN HAIKAL PERCUMA DI SKBTHO


Dapatkan Album Terbaru Kumpulan Nasyid Haikal dengan harga RM23.00. Mengandungi 2 CD. CD Nasyid dan CD Tarannum. Haikal akan membuat persembahan percuma dengan pembelian 50 unit. Setakat ini dah 25 unit... Cepat.. cepat.. dapatkan segera... (kalau x de duit tuh boleh bayar ansuran 2 kali bayar... 3 kali bayar pun boleh....)

Sesi Bergambar 2009

Esok, 21hb. Mei 2009 (Khamis) akan diadakan sesi bergambar untuk guru-guru SKBTHO. Sesi pagi jam 8.00 pagi dan 5.00 petang untuk sesi yang satu lagi. Sila pastikan anda lebih kacak dan cun daripada biasa.

Terima Kasih


Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Norwati Binti Mohd Zin kerana sudi mendermakan sebuah mesin taip elektrik untuk kegunaan warga kerja SKBTHO. 'Barang' berkenaan kini ditempatkan di bilik guru A (lama). Sila jangan rasa was-was untuk menggunakannya.

Selasa, 19 Mei 2009

Agrotek Garden Resort

Imej / Lokasi Agrotek Garden Resort, Hulu Langat dari satelit. Sila klik di sini.

Sila klik butang + untuk memperbesarkan imej, dan butang - untuk sebaliknya. Butang -> (arrow) untuk gerak ke kiri, kanan, bawah atau atas.

*Imej ini belum dikemaskini, tetapi lokasinya tetap sama.

Tahniah

Warga kerja SKBTHO yang lulus cemerlang PTK (Mac 2009) ialah :

1. Pn. Zaidah Bt. Abdul Ghafur
2. Pn. Zainab Bt. Wahab
3. Pn. Yusmah Bt. Mohd Yusof
4. Pn. Tusiah Bt. Rais
5. Pn. Rosliza Bt. Ibrahim
6. Pn. Norhapizah Bt. Yahya
7. Pn. Vijayalaxmi A/P Vijayaratnam
8. En. Mohd Zakiyuddin B. Khadir
9. En. Ahmad Nizam B. Sulaiman.

*Kejayaan anda, kebanggaan kami... (BKWK 2009).

Isnin, 18 Mei 2009

Hari Guru 2009

Kepada warga kerja SKBTHO yang ingin bersedekah / memberi sumbangan ikhlas (dalam bentuk wang) untuk Jamuan Makan sempena Hari Guru nanti, bolehlah berjumpa dengan saya (Cikgu Zaki) atau Cikgu Mastura.

*mungkin sebagai tanda syukur anda lulus PTK, ulangtahun perkahwinan, hari lahir, bertunang, naik pangkat.....

PTK 2009

Tahniah kepada warga kerja SKBTHO yang lulus PTK dengan cemerlang. Untuk menyemak keputusan PTK, sila taip PTK (np.ic) , sms ke 39003.

Ahad, 17 Mei 2009

Syabas & Tahniah

Geng bowling kita iaitu Pn. Melissa Bt. Majid (kategori senior), Pn. Suraya Bt. Arshad dan Pn. Wan Fatiah Bt. Ismail (kategori veteran) telah mewakili PKG Cheras dalam kejohanan bowling peringkat daerah Hulu Langat. Dalam kejohanan yang berlangsung pagi tadi di Metro Point, Kajang mereka telah mendapat tempat ke 4, 5 dan 6. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka.
.
*Gambar : Kedudukan peserta (veteran) pada skrin scoreboard sebelum tamat game pertama.

Sabtu, 16 Mei 2009

Selamat Membina Negara Bangsa

Selamat hari guru untuk semua warga pendidik SKBTHO. Semoga Allah memberkati tugas dan usaha kita.

Jumaat, 15 Mei 2009

HARI GURU LEBIH TERTARIK?


Adakah ini bala tentera Sesi Petang untuk acara tarik tali???
Ini ekoran gosip-gosip liar yang mengatakan sesi petang akan menurunkan penarik tali berstatus "bintang". Antaranya Ustaz Azarzi, Idham, Aizuddin dan seorang bintang import.
Sudah tentu acara ini akan mencetuskan fenomena baru di SKBTHO.

SELAMAT HARI GURU.

PENGHARAMAN...


Dengan ini diisytiharkan bahawa motosikal ini telah diharamkan daripada menyertai Kejohanan Motor Lambat.
Selain dari spefisikasi motor ini yang ber"clutch",motosikal ini kabarnya mempunyai masalah semput dan mengeluarkan asap putih seumpama "foging".Boleh mencemarkan alam sekitar.
Ucapan buat pemilik motosikal ini..."jangan kecewa.boleh pinjam motor Kak Kiah"


Mesyuarat AJK Pusat Sumber

Mesyuarat ini ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Harap maklum.

Khamis, 14 Mei 2009

Bersabarlah sayang...

Sejak akhir2 ini, timbul pula isu penginapan di Agrotek Resort semasa LADAP nanti. Untuk makluman, semua chalet / bilik kat sana pada tarikh berkenaan dah penuh kecuali dorm yang boleh memuatkan 10 orang. Pihak resort telah memperuntukan chalet 4 orang sebilik untuk kita. Kawan2 kita yang bercadang membawa keluarga bersama telah membatalkan hasrat murni tersebut. Maka, tidak timbul isu dorm lagi. Justeru, sape2 yang masih keliru, sila kontek saya secara terus. Walaupun saya bukan pengurus / pengelola / ketua urusetia program berkenaan, insya Allah saya akan cuba membantu anda.

*Pihak yang berkenaan, sila buat meeting di kalangan AJK dan seterusnya buat taklimat kepada guru-guru.

Rabu, 13 Mei 2009

CADANGAN BACK-DROP


CADANGAN untuk BACK-DROP Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang akan diadakan pada 28 Mei 2009. Sebarang komen dan cadangan amat diperlukan....

Ingin menulis artikel dalam blog ini...?

Warga kerja SKBTHO dialu-alukan untuk menulis di laman ini. Lebih banyak sumber / info, lebih meriah dan manfaat yang kita dapat. Untuk menulis / post artikel dalam blog ini, anda perlu ada akaun gmail terlebih dahulu. Kemudian, sila dapatkan kebenaran daripada pentadbir blog (En. Zaki : 019-360 8298) dengan memberi alamat email anda (gmail sahaja). Pengesahan perlu dilakukan bagi mengelak salahguna blog ini.

Untuk membuka akaun gmail, sila klik di sini.

*untuk warga kerja SKBTHO sahaja.

Celcom Broadband

Tawaran istimewa untuk kakitangan kerajaan. Yuran bulanan cuma RM 50.00 sahaja. Upfront payment : RM 100.00, free usb stick (modem). Kontrek 2 tahun.

* Kami akan cuba siasat kekuatan coverage broadband ni esok. Kepada yang berminat sila kontek En. Azlim atau saya sendiri (019-3608298). Walaubagaimanapun, perancangan kami untuk sediakan wireless internet (streamyx) di kawasan sekolah akan tetap diteruskan.

[[Sambutan Hari Guru 2009]] : Peranan Blog BKWK-SKBTHO.

Alhamdulillah....

Blog BKWK-SKBTHO sejak akhir-akhir ini mendapat perhatian ramai. Sukar untuk menafikan bahawa blog menjadi medium saluran maklumat.

Jadi tanpa rasa sangsi akan peranannya saya bebesar hati untuk melaporkan perkembangan terkini dari jawatan-jawatan kuasa pelaksana Sambutan Hari Guru peringkat SKBTHO 2009.

Jika ada perkembangan terkini, SMS

Nama AJK{jarak}perkembangan terkini.....hantarkan kepada 0193658494.

Caj SMS bergantung kepada kadar syarikat telekomunikasi masing-masing.

Selasa, 12 Mei 2009

SAMPAH... SAMPAH... SAMPAH



Bila sebut pasal sampah, semua orang akan menyampah... memeritkan telinga untuk mendengar... memedihkan mata untuk dilihat... Namun inilah yang berlaku...



Bila ada saja sampah..... sibuk nak menuding jari... Si A kata Si B, Si B kata Si C... tiada penyelesaian.
Kempen SIFAR SAMPAH telah dibuat, supaya murid tahu apa nak buat... Kalau sama-sama jaga, pastinya.... Sampah takkan dapat dimerata-rata, dalam longkang pun tiada, kehidupan pun lebih selesa.
Sama-samalah kita menjaga, nasihatlah murid sepanjang masa, supaya sampah jauh di mata...
*Gambar diambil pada 11 Mei 2009 6.00 petang....

[[Sambutan Hari Guru 2009]] : Wujud Proksi Pagi dan Pakatan Petang?

Sudah kedengaran suara-suara yang mengatakan pertandingan Tali Silaturarahim dan Bola Kain (acara guru lelaki) akan menyaksikan pertembungan Proksi Pagi dan juga Pakatan Petang.


Yang lebih mengujakan, dengarnya Pakatan Petang sudah siap dengan strategi dan pschy-war untuk dilancarkan.

Adakah ini satu pertembungan yang sihat?

Bagaimana dengan atmosfera guru-guru wanita pula?

Jom ke Zoo Negara

Lawatan sambil belajar untuk murid2 sesi petang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 02 Jun 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Zoo Negara, Hulu Klang
Bayaran : RM 30.00 sahaja.

* Kepada warga kerja yang ingin menyertai lawatan ini. Sila bagitau kepada saya. Free...

Isnin, 11 Mei 2009

Taklimat Hari Guru SKBTHO

Taklimat akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 12 Mei 2009 (selasa)
Tempat : Bilik Gerakan
Masa : 12.30 pm (guru sesi petang)
1.00 pm (guru sesi pagi).

Aktiviti sempena Hari Guru 2009.
1. Bola Kain (lelaki) : 15 pemain X 2
2. Bola sepak / Gol n Gincu (wanita) : 15 pemain X 2
3. Tarik Tali (lelaki) 8 pemain X 2
4. Tendangan Penalti (wanita) : 5 pemenang
5. Motor Lambat (terbuka) : 3 pemenang
6. Belon Air (terbuka) : 5 pemenang

* Borang penyertaan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Ahad, 10 Mei 2009

Geng Bola kita.

Tahniah juga kepada geng bola kita di atas komitmen dan semangat juang. Walaupun kalah, kita kalah bergaya.... dan tetap dapat imbuhan. Mungkin tahun depan kita cuba import pemain daripada 'negara' lain pulak. Adalah dipercayai kehadiran geng bola jaring kita telah 'menyerikan' pertandingan ini.

Team Bola Jaring kita...

Tahniah di atas kejayaan gemilang team bola jaring kita. Mungkinkah kehadiran Bob yang dikhabar anginkan telah menjadi tunangan orang telah menyuntik semangat para wirawati kita ?

MADAH PUJANGGA

Kebahagian itu akan didapati dengan banyaknya membuat kebaikan; kesusahan itu akan menghantui diri apabila banyak berbuat kejahatan, tinggalkan kejahatan itu, nanti dia pasti akan meninggalkan kamu.

OH TUHANKU...



Lagu EPILOG SILAM dari Kunpulan HAIKAL sedang dalam carta nasyid IKIM.FM
Sama-samalah kita menghayatinya
Tahniah!!! untuk Ustaz kita....

Sabtu, 9 Mei 2009

Ada yang kata...

Beberapa faktor dikenal pasti menyumbang kegagalan pasukan bola sepak untuk mara ke pusingan seterusnya. Ada yang kata...

1) Faktor geografi, padang terlalu bahaya untuk permainan bola sepak. Lekuk-lekuk keras di padang sesuai sahaja untuk bermain congkak.

2) Tahap mutu pengadilan, pengadil yang sama mengadili kesemua perlawanan pasukan kita. Tiupan wisel hanya kedengaran ketika mula sepak dan wisel penamat.

3) Sarapan yang mewah, mana tidaknya nasi lemak+paru goreng+ayam goreng(kerat 4) menjadi 'alas perut' sebelum beraksi.

4) Pasukan kita hanya beraksi untuk kategori 'persembahan terbaik' dan pasukan terceria dan termeriah.

5) Usaha untuk menarik perhatian pengadil untuk mendapatkan sepakan penalti jelas sekali menunujukkan usaha itu adalah usaha yang sia-sia.

6) Perbualan di luar padang bukan tertumpu untuk rancangan strategi tetapi lebih kepada hal-hal lain seperti contoh mengingat kembali skrip-skrip dalam filem P.Ramlee, dah beli rumah ke belum?,perihal anak-anak kecil,RAIS...siapa rais?

7) Penggunaan balm gamat Langkawi kurang menyengat.

8) Melihat strategi pasukan lain adalah bagus tetapi diselang-seli dengan sesi provokasi terhadap pengadil dan penjaga garisan.

9) Padang bukan sahaja medan mempamerkan kemahiran bola sepak yang ada. Ia juga menjadi pentas pemain-pemain 'berlakon'.

10) Adakah jambu yang segar turut menyumbang kepancitan pemain? Terima kasih Pengerusi atas tajaan jambu segar itu!!!

(Sebahagiannya adalah gurauan dan imiginasi penulis semata-mata, tiada melibatkan unsur-unsur mala fide...Sila tambah lagi faktor yang lain di ruang ulasan)

Apa-apa pun alasan dan faktornya, semangat kesukanan jelas terpamer pada diri setiap pemain, terima kasih syabas pada kalian semua!

Keputusan Lengkap.

Berikut adalah keputusan lengkap bagi Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring PKG Zon Cheras.

Bola Sepak

Tempat: SAM Bt 10
Pencapaian: Sekadar berpuas hati di tempat ke-3 dalam kumpulan.(kegagalan melayakkan diri ke peringkat seterusnya akan dianalisakan pada entri yang berikutnya)

Bola Jaring

Tempat: SK Dusun Nanding
Pencapaian: Johan. Seterusnya mewakili Zon Cheras ke peringkat Daerah. Tahniah diucapkan!!!

gambar akan di'upload' dalam masa terdekat...

Mesyuarat AJK BKWK (8/5/2009)...



Mesyuarat ini telah membincangkan berkenaan sambutan Hari Guru SKBTHO. Kami juga telah bersepakat membawa berkat bahawa acara Bertukar-tukar Hadiah adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Jadi, sekiranya ada ingin juga bertukar hadiah, bertukar2lah dengan sesiapa jua yang anda suka dan berapa nilai yang anda inginkan. Insya Allah taklimat sambutan Hari Guru akan diadakan pada 12/05/2009 (selasa).

Jumaat, 8 Mei 2009

Melayu mudah lupa...

Kita mungkin akan terlupa bahawa pagi esok :

1) Kawan2 perempuan kita akan lawan bola jaring di SK Dusun Nanding
2) Kawan2 lelaki kita akan lawan bola sepak di SAM Batu 10.

Sekiranya anda tidak lupa dan ada masa, jom sama-sama beri sokongan kepada wira-wirawati kita ini.

Mesyuarat AJK BKWK

Malam ini, jam 8.30 malam, bertempat di Restoran Siakap akan diadakan mesyuarat AJK BKWK. Agenda utama adalah sambutan Hari Guru. Meeting ini terpaksa diadakan di luar 'waktu dan kawasan' kerana kami dinasihatkan tidak menganggu waktu P&P sekolah. Walaubagaimanapun tiada unsur rasuah daripada menantu pemilik restoran ini semasa pemilihan lokasi dibuat.

*Kami akan cuba adakan lintas langsung sidang mesyuarat ini melalui yahoo messenger.
Yahoo id atau nickname : bkwk.2009

Kecoh

2, 3 hari ni sekolah kita kecoh dengan teka-teki : siapa yang bertunang tu ? Masing2 cuba meneka siapa orangnya ? Ini membuatkan guru-guru yang masih 'suci' tak senang duduk dan berdiri. Ada yang sanggup bersumpah-sumpah bagi menafikan bahawa dia yang dimaksudkan itu. Ada yang terpaksa mengaku dah bertunang walaupun mungkin bukan dia yang dimaksudkan. Persatuan Guru-Guru Bujang SKBTHO telah melahirkan rasa dukacita atas 'wabak' ini.

Rabu, 6 Mei 2009

AWAS

Sila berhati-hati terhadap barangan anda yang bernilai tinggi, terutama handphone dan laptop. Pastikan ia tidak terdedah kepada risiko kecurian. Seorang guru kita telah kecurian laptopnya. Alhamdulillah, pencurinya dapat dikesan dan berjaya menemui laptopnya semula. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita.

Penolong Kanan Kurikulum baru ?




1. Adakah Pn. Noreda sudah berpindah sekolah ?

2. Adakah Pn. Noreda telah tukar kereta ?

3. Apa khabar Pn. Noreda ?

4. Mungkinkah pemilik kenderaan ini terlalu merinduinya ?

Sekadar info...

*Pengurus pasukan bolasepak, En. AB Khalid kelihatan masih kurang berpuashati dan perasaan terhadap mutu permainan para pemainnya.


Pasukan bolasepak dan bola jaring (warga kerja SKBTHO) telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menghadapi perlawanan pada peringkat zon Cheras. Guru sesi petang tetap turun berlatih walaupun berbaju kurung dan berbaju kemeja serta berseluar slack. Guru sesi pagi pula sanggup datang semula ke sekolah semata-mata untuk berlatih. Tahniah dan syabas !

Selasa, 5 Mei 2009

Perjumpaan Ibubapa Murid Kelas KIA2M



5 Mei 2009. Majlis Perjumpaan dengan Ibubapa murid-murid Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) berjalan lancar.
Bermula jam 3.50 petang lagi ramai ibubapa sudah mula kelihatan memasuki pintu pagar utama sekolah. Jam 4.00 petang mula mendaftarkan diri. Majlis bermula jam 4.15 petang dengan dipengerusikan oleh En. Ahmad Nizam. Bermula dengan ucapan alu-aluan pengerusi diikuti dengan bacaan doa kemudian ucapan Penyelia Petang Pn. Zaitun Bt Mat Aref. Sesi soal jawab berjalan dengan lancar di mana perbagai persoalan dan cadangan diajukan dari pihak ibubapa.
Barisan guru-guru yang terlibat dengan KIA2M begitu mengambil berat terhadap anak didik mereka bagaikan anak sendiri... Pelbagai masalah cuba diselesaikan oleh pihak sekolah disamping bimbingan dari ibubapa di rumah amat diperlukan supaya murid-murid ini dapat menguasai membaca dan menulis dengan cepat.

Syabas dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, tidak lupa terima kasih kepada ibubapa yang sudi datang dan mengambil berat terhadap anak-anak mereka... Kejayaan mereka semua... turut sama dirai...
THE BEST WAY TO MAKE YOUR DREAMS COME TRUE IS TO WAKE UP AND WORK...

Selamat bertunang

Sejarah tercipta lagi di sekolah kita. Pertemuan... dari mata turun ke hati. Selamat bertunang. Semoga ikatan yg dibina akan berpanjangan ke alam perkahwinan.

* Selamat meneka gerangan orang yang dimaksudkan.

Isnin, 4 Mei 2009

Muktamad




Pemilihan Agrotek Garden Resort, Hulu Langat sebagai lokasi LADAP pada 30 hingga 31/5/2009 nanti telah dimuktamadkan petang tadi. Pn. Zainab (kaunseling) telah membuat pembayaran 'booking'. Insya Allah LADAP ini akan dibuat dalam suasana santai. BKWK juga bersetuju untuk 'bayar' pakej permainan rakyat / telematch, iaitu 4 acara di darat dan 4 lagi di air.

*Nota : Pemakaian bikini adalah tidak digalakkan.
;