Selasa, 30 Jun 2009

EMAIL

Semua warga kerja SKBTHO diminta menyediakan alamat email melalui akaun yahoo. Ini untuk seragamkan alamat email kita dalam laman web skbtho yang sedang dinaiktaraf. Alamat email berkenaan hendaklah berdasarkan format / contoh dibawah:

zaki.skbtho@yahoo.com

*Nota.
1. Sila gunakan nama anda dan diikuti dengan .skbtho
2. Penggunaan nama manja, samaran atau sensasi adalah dilarang.
3. Sila sediakan alamat email ini selewat-lewatnya pada 09/07/2009.
4. Sesi taklimat penggunaan email dan yahoo messenger akan diadakan dalam tempoh masa terdekat.
5. Terima kasih di atas kerjasama anda.

'Perang' Semakin Terasa !!!

Terkini dari kejohanan sukan tahunan SKBTHO :

Kelihatan dua orang kuat bagi pasukan rumah masing-masing sedang memberi motivasi untuk melihat wakil peserta bagi rumah mereka mampu melepasi galah lompat tinggi.
(En. Azam nampaknya sedang mengurut badan peserta tersebut bagi memastikan perjalanan darah lancar dan lompat lebih tinggi, Manakala En. Shahrizal pula memberi amaran keras jika peserta tersebut gagal melepasi galah tersebut)

Paparan aksi kejohanan di www.lensa-bkwk.blogspot.com
;