Rabu, 6 Mei 2009

Sekadar info...

*Pengurus pasukan bolasepak, En. AB Khalid kelihatan masih kurang berpuashati dan perasaan terhadap mutu permainan para pemainnya.


Pasukan bolasepak dan bola jaring (warga kerja SKBTHO) telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menghadapi perlawanan pada peringkat zon Cheras. Guru sesi petang tetap turun berlatih walaupun berbaju kurung dan berbaju kemeja serta berseluar slack. Guru sesi pagi pula sanggup datang semula ke sekolah semata-mata untuk berlatih. Tahniah dan syabas !

Selasa, 5 Mei 2009

Perjumpaan Ibubapa Murid Kelas KIA2M



5 Mei 2009. Majlis Perjumpaan dengan Ibubapa murid-murid Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) berjalan lancar.
Bermula jam 3.50 petang lagi ramai ibubapa sudah mula kelihatan memasuki pintu pagar utama sekolah. Jam 4.00 petang mula mendaftarkan diri. Majlis bermula jam 4.15 petang dengan dipengerusikan oleh En. Ahmad Nizam. Bermula dengan ucapan alu-aluan pengerusi diikuti dengan bacaan doa kemudian ucapan Penyelia Petang Pn. Zaitun Bt Mat Aref. Sesi soal jawab berjalan dengan lancar di mana perbagai persoalan dan cadangan diajukan dari pihak ibubapa.
Barisan guru-guru yang terlibat dengan KIA2M begitu mengambil berat terhadap anak didik mereka bagaikan anak sendiri... Pelbagai masalah cuba diselesaikan oleh pihak sekolah disamping bimbingan dari ibubapa di rumah amat diperlukan supaya murid-murid ini dapat menguasai membaca dan menulis dengan cepat.

Syabas dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, tidak lupa terima kasih kepada ibubapa yang sudi datang dan mengambil berat terhadap anak-anak mereka... Kejayaan mereka semua... turut sama dirai...
THE BEST WAY TO MAKE YOUR DREAMS COME TRUE IS TO WAKE UP AND WORK...

Selamat bertunang

Sejarah tercipta lagi di sekolah kita. Pertemuan... dari mata turun ke hati. Selamat bertunang. Semoga ikatan yg dibina akan berpanjangan ke alam perkahwinan.

* Selamat meneka gerangan orang yang dimaksudkan.

Isnin, 4 Mei 2009

Muktamad




Pemilihan Agrotek Garden Resort, Hulu Langat sebagai lokasi LADAP pada 30 hingga 31/5/2009 nanti telah dimuktamadkan petang tadi. Pn. Zainab (kaunseling) telah membuat pembayaran 'booking'. Insya Allah LADAP ini akan dibuat dalam suasana santai. BKWK juga bersetuju untuk 'bayar' pakej permainan rakyat / telematch, iaitu 4 acara di darat dan 4 lagi di air.

*Nota : Pemakaian bikini adalah tidak digalakkan.

Rabu, 29 April 2009

Pelajaran Muzik Hari ini.



Bersedia menerima tempahan kenduri-kendara dan majlis-majlis keramaian.

Hubungi kami.

Selasa, 28 April 2009

Selamat Hari Guru

Dengar cerita...

Dengar cerita kononnya LADAP ke 2 iaitu pada 16/5/2009 akan ditunda ke 20/6/2009. Bagaimana pula dengan LADAP pada 30 - 31/5/2009 nanti ? Harap pihak yang berkenaan dapat mengesahkannya dengan kadar segera. Keadaan yang belum pasti akan menyusahkan guru-guru. Seperti manusia yang lain, guru-guru juga mahukan keadilan.

Sabtu, 25 April 2009

Lawatan ke Pusat Sains Negara

Alhamdulillah, program lawatan ini telah selamat dijalankan. Terima kasih di atas kerjasama semua guru pengiring. Ada guru yang kecewa dan marah kononnya kerana tak diajak join lawatan ni. Kepada mereka, saya mohon maaf. Semua guru adalah kawan n geng saya, kalau diajak semuanya, maka tinggal pentadbir saja yang berLADAP. Saya juga perlu utamakan AJK BKWK kerana ini adalah program BKWK. Semoga kawan-kawan yang berkenaan memahami keadaan ini. Terima kasih.

Jumaat, 24 April 2009

Selamat...

Selamat Ber LADAP.
Semoga kita dapat menjaga ADAB.
Semoga makanan yang disajikan SEDAP.

Selamat BerLAWATAN.
Semoga dapat jaga KESELAMATAN.

Doa dan Harapan

Semoga Pasukan Nasyid sekolah kita mendapat kejayaan yang cemerlang malam ini.

*Sape2 yang free malam ni, jenguk2 la budak-budak kita di SBPI Gombak (jalan lama menuju UIA).

Rabu, 22 April 2009

Hari Guru 2009

Tema : Guru Pembina Negara Bangsa

Lagu tema:

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin KhalidPencipta
Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

*untuk mendengar lagu ini, sila klik di sini.

...................................................................................

Tema pakaian sempena Hari Guru SKBTHO 2009.
~pakaian sukan (mungkin diwajibkan).

Aktiviti :
1) Bola Kain (lelaki)
2) Talian Kasih / Silaturrahim (lelaki)
3) Lambungan Sayang (terbuka)
4) Biar Lambat Asalkan Menang (terbuka)
5) Gol & Gincu (wanita)

Selasa, 21 April 2009

LADAP lagi...

Insya Allah kita akan ber LADAP (30-31/5) di Agrotek Garden Resort, Batu 14, Hulu Langat. Hasil undian, majoriti memilih untuk buat LADAP kat luar. Maka sebagai RAKYAT yang profesional, kita haruslah menerima keputusan tersebut.

Jam 2.15 ptg tadi saya bersama Pn. Zainab Wahab, En. Azlim, En. Shahrizal dan Cik Mastura telah membuat tinjauan di lokasi berkenaan. Tempatnya ok... bagus... dan sedap... Harap2 pengisian untuk slot LADAP nanti tidak membosankan.


*BKWK akan memberi sumbangan untuk aktiviti Sukan Rakyat (telematch) dan apa2 yang perlu serta sesuai.


Jumaat, 17 April 2009

Awas ! Serunding Babi

Dipetik drpd malaysiakini.com
(Apr 17, 09 5:13pm)

Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.

*untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Aktiviti Sempena Hari Guru SKBTHO 2009

BKWK mengalu-alukan cadangan anda untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Guru 2009. Kalau boleh setiap aktiviti tersebut melibatkan penyertaan murid. Sila kemukakan cadangan anda melalui ruang bicara interaktif dalam blog ini atau berjumpa personally dengan mana2 AJK BKWK. Terima kasih.

*Aktiviti yang dicadangkan :
1) Bolasepak berkain sarong (batik) - Hari Khamis : pakaian batik.
2) Tarik tali
3) Motor lambat - biar lambat asalkan menang
4) Bowling kelapa
5)

SUKAN beranEKA

Maka telah selamat dijalankan sukan yang beraneka permainan di sekolah kita. Perancangan yang teratur dan hasil kerjasama semua pihak telah melancarkan perjalanannya. Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja SKBTHO.



*Apa khabar Puan Suraya ?


Rabu, 15 April 2009

KELAS TAHSIN AL-QURAN (Siri 2)


PERCUMA!! FREE!!
Kelas tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh........: 24 APRIL 2008
Hari......................... :
Jumaat
Masa...:
12.00 tgh - 1.00 ptg
Tempat : Bilik Dokumentasi

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas tersebut, sila luangkan masa anda pada hari dan masa yang ditetapkan.

BOCOR

Lebih kurang jam 4 petang tadi, telah berlaku satu 'kebocoran' di PPD Hulu Langat. Ia melibatkan seorang guru dari sekolah kita. Guru tersebut mungkin akan bertukar ke sekolah lain. Untuk mengetahui dgn lebih lanjut mengenai kejadian tersebut, sila bertanya kpd Puan Hazrina yang turut berada di lokasi kejadian.

*Kebocoran ini tiada kena mengena dengan 'BULAN'.

Selasa, 14 April 2009

كل نفس ذأئقة الموت

Ucapan Takziah buat keluarga arwah adik Amirul Aqif dari kelas 1 Mawar.

Semoga ALlah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Al-fatihah...

p/s : terjemahan pada tajuk entri..."Setiap yang hidup pasti merasa kematian"

Isnin, 13 April 2009

PANDANGAN SKBTHO DARI UDARA


Gambar terkini SKBTHO dari udara.

*Terima kasih En. Rasha Azaldin, Unit Udara PDRM.

Sabtu, 11 April 2009

Line Clear...

Pagi tadi guru-guru lelaki telah bertungkus-lumus membuat line di padang. Ia akan digunakan untuk latihan olahraga rumah sukan dan sukaneka. Sarapan pagi yang disediakan adalah sumbangan ikhlas Cikgu Azizun. Ia sebagai tanda kesyukuran yang tidak berbelah bahagi kerana dikurniakan cahaya mata. Guru-guru lelaki telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang erat dalam tugasan ini. Terdapat juga kejadian yang diingini dan tidak diingini ketika membuat line tersebut.



Tidak diingini = mangsa minyak hitam.
Diingini = pemangsa minyak hitam.


Sebagai menghargai komitmen guru2, Cikgu Salehuddin telah sponsor makan tengahari. Ia sebagai tanda line sudah siap.... line clear.
;