.
.
*gomo tidak sama seperti gomol.

*En. Hadi sedang memasang rak buku di PSS.
LADAP pada hari ini berjaya dijalankan dengan sebaiknya. Guru-guru telah dibahagi kepada beberapa kumpulan/stesen iaitu pusat sumber, makmal komputer, pusat akses dan bilik SPBT. En. Azarzi telah memberi ceramah berkenaan Microsoft Word dan yang sewaktu dengannya di makmal komputer.
.
*Terima kasih:
1) Pn. Hashimah (KIA) - sponsor kuih raya edisi pagi @ PSS.
2) Pn. Noreda - sponsor goreng pisang, keledek dan keropok lekor edisi petang @ semua stesen.
Beberapa orang guru daripada Tim Lelaki SKBTHO telah menziarahi En. Saleh yang telah dibelah dada dan dipotong urat kakinya di Hospital Serdang. Setibanya di sana, tim ini amat TERKEJUT melihat keadaan En. Saleh. Sila pujuk dan rayu pada tim ini untuk mengetahui keadaan yang membuatkan mereka terkejut. Tim ini juga sedia membantu sekiranya anda ingin mengetahui lokasi wad berkenaan.
*tim = team.
Terkini (05/10/2009) : Berita diterima jam 4.20 petang, En. Saleh telah keluar wad.
Pada 17hb. September 2009 yang lalu, BKWK telah memberi sumbangan AidilFitri kepada keluarga Allahyarhamah Pn. Fatimawati (bekas warga kerja SKBTHO). Sumbangan wang tunai yang berjumlah lebih RM300 itu adalah hasil sumbangan ikhlas warga kerja SKBTHO. Semoga sumbangan tersebut sedikit sebanyak akan memberi keceriaan buat keluarga berkenaan dalam menyambut AidilFitri.
Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan salah seorang mangsa kemalangan ngeri yang meragut empat nyawa sekeluarga di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) dekat Gurun, Kedah, semalam. Empat beranak itu terperangkap dalam kenderaan mereka yang meletup dan terbakar selepas merempuh sebuah kereta jenis Naza Citra dan treler.
Dipetik dari Utusan Online.
berita lanjut, klik link di bawah :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm