Rabu, 25 Mac 2009
Mesyuarat AJK BKWK (2/2009)
Berjalan lancar walaupun tanpa kehadiran yang penuh. Topik perbincangan mengenai perkembangan aktiviti BKWK yang dirancang. Turut dibincang : pakaian batik, buletin sekolah, hari guru dan hari keluarga. Maklumat lanjut masih dirahsiakan. Harap anda sabar menunggu...
Malang nasibmu wahai kancil...
Kereta kancil milik Pn. Norwati telah dilanggar oleh 'orang luar' dalam kawasan sekolah. Kejadian itu berlaku dalam waktu tengahari. Pn. Norwati yang suka bertudung labuh itu dapat mengecam suspect berkenaan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai suspect dan keadaan kancil tersebut, sila berjumpa dengan Pn. Norwati sendiri. Temujanji tidak diperlukan.
Tandas = Toilet = Jamban
Gambar : 'Antara guru-guru yang tekun mendengar ceramah'.
Selasa, 24 Mac 2009
TRAGEDI DAN TERJADI
Jam 3.30 petang, lokasi depan Bilik PJK. Seorang murid Tahun 1 yang tak berdosa telah terjatuh ke dalam longkang. Ada kecederaan di bahagian kepalanya. Darah menitik-nitik di baju putihnya yang baru dibeli hujung tahun lepas. Saya bersama dengan Setiausaha BKWK dan Bendahari PIBG telah menguruskan hal berkenaan. Keadaan terkawal.
Walaupun ia suatu TRAGEDI yang tidak diingini, tapi apakan daya kita, ianya telah TERJADI.
Walaupun ia suatu TRAGEDI yang tidak diingini, tapi apakan daya kita, ianya telah TERJADI.
Isnin, 23 Mac 2009
Berita Tidak Gembira
Pagi tadi kira2 jam 8.00 pagi (semasa perhimpunan), rakan setugas kita Pn. Irwina Bt. Idris telah menerima khabar berita sedih. Van yang dinaiki oleh anak beliau telah mengalami kemalangan (terbalik) ketika dalam perjalanan ke tadika. Difahamkan anak beliau hanya mengalami cedera ringan. BKWK turut bersimpati terhadap apa yang telah berlaku.
Amaran kepada pemandu-pemandu yang berkenaan: Sila memandu dengan lebih berhati-hati, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.
Amaran kepada pemandu-pemandu yang berkenaan: Sila memandu dengan lebih berhati-hati, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.
Jumaat, 20 Mac 2009
Sultan Sehari
Selamat pengantin baru kepada En. Mazwan dan pasangannya Pn. A'sah. Majlis kenduri kahwin di pihak lelaki adalah seperti berikut :-
Tarikh : 21hb. Mac 2009
Tempat : Blok D-3-17 Flat Taman Danau Kota, Setapak.
Masa : 12.00 tengahari - 4.00 petang ( jamuan makan)
1.30 petang (bersanding).
BKWK mendoakan agar ikatan perkahwinan yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat...
Tarikh : 21hb. Mac 2009
Tempat : Blok D-3-17 Flat Taman Danau Kota, Setapak.
Masa : 12.00 tengahari - 4.00 petang ( jamuan makan)
1.30 petang (bersanding).
BKWK mendoakan agar ikatan perkahwinan yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat...
Khamis, 19 Mac 2009
Harapan Baru
Selamat datang ke laman blog Badan Kebajikan Warga Kerja SKBTHO. Laman ini dibina pada 19hb. Mac 2009. Semoga kehadiran laman ini memberi faedah kepada para pengunjung terutamanya warga kerja SK Bandar Tun Hussein Onn. Komen dan cadangan anda dalam menambahbaik organisasi (BKWK) ini amat dialu-alukan. Semoga BKWK 2009 dapat memberi 'harapan baru' kepada semua warga kerja SKBTHO. Amiinnn....
Langgan:
Catatan (Atom)
;