Sabtu, 12 September 2009

Semua sibuk nak beraya.



Kullu A'm Waantum Bikhair!

Khamis, 3 September 2009

Sesi Persekolahan 2010

Sesi persekolahan 2010 bermula 3 Januari bagi Kedah, Kelantan, Terengganu

KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan tahun depan akan bermula pada 3 Januari bagi Kedah, Kelantan serta Terengganu, dan negeri-negeri lain pula pada hari berikutnya iaitu 4 Januari, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Beliau berkata, cuti penggal pertama pula akan bermula dari 12 hingga 20 Mac bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, sementara bagi negeri lain pada 13 hingga 21 Mac. "Sementara itu cuti pertengahan tahun pula bermula dari 4 hingga 19 Jun bagi ketiga-tiga negeri itu, dan negeri lain bermula pada 5 hingga 20 Jun," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Beliau berkata, cuti penggal kedua pula akan bermula dari 3 hingga 11 September, dan cuti akhir tahun dari 19 November hingga 1 Januari 2011 bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara itu, bagi negeri-negeri lain, cuti penggal penggal kedua akan bermula pada 4 hingga 12 September, dan cuti akhir tahun dari 20 November hingga 2 Januari 2011," katanya. Alimuddin berkata, jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah 210 hari, manakala jumlah cuti penggal 78 hari. - Bernama

Rahsia alam...

Tiada yang mustahil...

Rabu, 2 September 2009

PROGRAM SOLAT HAJAT UNTUK UPSR 2009

PIHAK SEKOLAH AKAN MENGANJURKAN PROGRAM BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT UNTUK MURID-MURID TAHUN 6 SKBTHO BAGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2009.


TARIKH : 3 SEPTEMBER 2009


HARI : KHAMIS


MASA : 5.50 PETANG


TEMPAT : SURAU AL-AMIN BANDAR TUN HUSSEIN ONN


SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMOHON HAJAT DEMI MEMPEROLEH KECEMERLANGAN UPSR YANG BAKAL DIHADAPI MURID PADA 8.9.2009 INI.


(Jika ada guru yang ingin memberi sumbangan sebagai sedekah/derma untuk program tersebut, bolehlah menghulurkan sumbangan kepada Ustz Safinah selaku penyelaras program tersebut.)

Tazkirah : Rahsia Ramadhan

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."Sabda baginda dalam hadis yang lain,

" Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

>Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

>Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

>Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

>Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

>Banyakkan berdoa, berzikiz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

>Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

>Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

>Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

Lantaran itu, lontarkan soalan ini ke dalam jiwa kita semua...
"Bagaimanakah jika ini ramadhan kita yang terakhir...??"

Selasa, 1 September 2009

" SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SELURUH WARGA SKBTHO"

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 52

"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Selasa, 25 Ogos 2009

Buktikan KECEKAPAN anda !

Buktikanlah tahap kecekapan anda semasa PTK nanti. Buktikan yang anda juga cekap seperti orang lain. Jangan lagi ada pernyataan "ada kuota" untuk menyedapkan diri kita. Semoga anda berjaya membuktikan tahap kecekapan sebenar anda. Selamat berjaya !

Khamis, 20 Ogos 2009

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kita warga SKBTHO masih berpeluang menemui Ramadhan al-Mubarak untuk tahun ini. Manfaatlah peluang beribadah dengan sebaik mungkin seumpama kata cerdik pandai "Bekerjalah bersungguh-sungguh seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah dengan sepenuh hati seolah-olah akan menemui ajal pada esok hari".

Senario di atas masih lagi kelihatan ketika negara sedang berkembang pesat membangun. Namun bagi mereka yang sudah sebati dengan kehidupan tersebut merasa begitu tenang dan bahagia.

Rabu, 19 Ogos 2009

Petikan Akhbar : Kadar zakat fitrah Selangor RM7 tahun ini

SHAH ALAM: Bayaran zakat fitrah di Selangor bagi tahun ini naik kepada RM7 daripada RM5.20 tahun lalu. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohd Adzib Mohammad Isa, berkata kenaikan kadar zakat fitrah itu dipengaruhi kenaikan harga beras di pasaran.

dipetik dari Berita Harian Online

Berita Selanjutnya klik di bawah,

Petikan Akhbar : Guru PPSMI diingat jangan ambil kesempatan

Kementerian Pelajaran memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru yang mengambil kesempatan untuk mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia sepenuhnya sebelum 2012.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, guru yang didapati berbuat demikian, akan diberi surat amaran.Berikutan itu, beliau meminta guru besar dan pengetua sekolah supaya memantau perkara itu.

Beliau mengulas rungutan ibu bapa yang bimbang apabila diberi pilihan dwi-bahasa, para guru akan mengajar dua matapelajaran tersebut sepenuhnya dalam bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, Alimuddin berkata, mungkin wujud kekeliruan berhubung pemansuhan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)

Dipetik dari Malaysiakini.com

klik bawah untuk berita selanjutnya :

Isnin, 17 Ogos 2009

Pemeriksaan Kesihatan Wabak H1N1 Kini Bermula

(salah seorang murid penuh fokus apabila diperiksa oleh 'doktor' tersebut)

Selesai sahaja perhimpunan pagi tadi, beberapa orang murid yang mengaku tidak sihat telah dipanggil dan dibuat pemeriksaan kesihatan oleh salah seorang 'doktor' yang dilantik khas oleh pihak sekolah tanpa melalui kementerian kesihatan. Walaupun beberapa orang murid mempunyai kadar suhu badan yang agak tinggi tetapi ianya masih belum melepasi tahap wajib kuarantin dan tiada unsur-unsur dipengaruhi oleh wabak H1N1. Apapun, sama-samalah kita berdoa moga dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak ini akan mengurangkan jangkitan wabak tersebut demi kesejahteraan warga SKBTHO.
p/s - Sesiapa yang ingin membuat pemeriksaan suhu badan secara percuma, boleh lah membuat temunjanji dengan 'Doktor S' pada bila-bila masa ( waktu pejabat sahaja ).

Khamis, 13 Ogos 2009

Dia "Pergi Tak Kembali" Lagi



Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi. Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambah anggota Rabbani itu. Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam selepas ini. Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi.Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman. Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nada Murni

Dipetik dari Malaysiakini.com/bm

Selasa, 11 Ogos 2009

Bila akan bermula di tempat kita ?



*foto tersebut dipetik dari akhbar Berita Harian online:
klik pada link tersebut -

Isnin, 10 Ogos 2009

Satu Pandangan (H1N1).


diciplak drpd tukartiub.blogspot.com

KALAU DIA BOLEH DEPA LAGI BOLEH
Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motorsikal ada paku-paku tajam di taburkan. Ini untuk tujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari itu ada iklan – tukartiub. Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di penurun jalan sesudah terowong lebuh raya Karak – sering minyak ditaburkan. Pernah keretanya tergelincir sekali. Tidak jauh terowong ini ada lori tarik kereta menunggu.Ini adalah contoh taktik untuk menjalankan perniagaan. Ini cara untuk mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan yang menjadi rukun iman ialah keuntungan. Semua yang berniaga ingin mendapat untung. Lebih banyak untung lebih cepat jadi kaya.Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 26 orang warga negara kita telah ditewaskan oleh virus H1N1. Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.Apa sebenarnya semua ini?Pada tahun 1963 – satu persidangaan telah diadakan di Iron Mountains tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika sedang bertarong di Vietnam, Laos dan Kamboja.

Klik di sini untuk artikel selanjutnya.

Terkini : Korban H1N1 terus meningkat



*dipetik dari Malaysiakini.com/bm

[ Bersama-samalah kita berdoa mudah-mudahan wabak merbahaya ini akan terhapus dari muka bumi. Disamping sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap pergerakan yang melibatkan tempat awam demi mengelak daripada terus dijangkiti ]

Khamis, 6 Ogos 2009

TAZKIRAH JUMAAT


TINGKATKAN IBADAT DALAM BULAN SYAABAN.
BULAN Rejab telah berlalu meninggalkan kita. Ini bermakna latihan peringkat pertama untuk memasuki gerbang Ramadan telah pun berlalu. Ada di antara kita yang telah berjaya melatih diri dengan melakukan ibadah puasa, qiamullail, membanyakkan istighfar, selawat, bacaan al-Quran dan sebagainya.
Bermacam-macam amalan kebaikan yang dihidangkan oleh Allah kepada hamba-Nya untuk dilakukan bagi mendekatkan diri kepada-Nya kerana Allah Maha Mengetahui hamba-Nya akan bosan jika melakukan satu amalan tertentu sahaja.
Namun, tidak semua kita yang prihatin dengan kedatangan saat yang penting dan mulia ini kerana keprihatinan terhadap dunia telah menguasai diri. Akibatnya, kita lebih peka dengan tarikh Jualan Karnival barang terkenal, Mega Sale di pusat-pusat membeli belah sempena hari kemerdekaan dan hari raya daripada tarikh dan masa yang lebih penting dan bernilai dari dunia dan seisinya.
Oleh kerana itu, pakaian dan perhiasan lahiriah untuk menyambut hari raya telah kita rancang dengan sempurna tetapi pakaian dan perhiasan batiniah bagi menyambut Ramadan dan Hari Aidilfitri kita lupakan kerana penyakit cintakan dunia telah membarah di hati.
Hari ini, kita telah berada di dalam bulan Syaaban, antara bulan yang paling mulia dan dinanti-nantikan oleh insan-insan yang mempunyai mata hati. Ia juga adalah bulan yang masyhur dengan keberkatan dan kebaikan yang banyak.
Bertaubat pada bulan ini merupakan sebesar-besar kebaikan dan melakukan ketaatan pada bulan ini merupakan sebesar-besar perniagaan yang menguntungkan.
Allah menjamin bagi orang-orang yang bertaubat pada bulan Syaaban dengan keamanan. Orang yang menyediakan kesungguhan dan mujahadah pada bulan Syaaban bakal meraih kejayaan pada bulan Ramadan. Oleh kerana itulah bulan ini dinamakan Syaaban kerana terpecah daripadanya kebaikan yang banyak.
Hanya dengan rahmat dan kasih-sayang-Nya, kita diberi peluang untuk kesekian kalinya bersua dengan Syaaban yang menyimpan pelbagai keistimewaan.
Bagi memastikan kita dapat menghayati Syaaban dengan sebaiknya, kita seharusnya mengetahui apakah yang terdapat di dalam bulan Syaaban terutamanya peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku di dalamnya.
Pertukaran arah kiblat
Antara peristiwa penting yang berlaku pada pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke kaabah. Ia adalah saat yang amat diharapkan berlaku dan sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh Rasulullah SAW.
Sebelum berlaku peristiwa ini, Baginda SAW bangun pada setiap malam menghadapkan mukanya ke langit menunggu-nunggu wahyu daripada Allah. Sehinggalah Allah mengurniakan dan merealisasikan permintaannya seperti dirakamkan di dalam al-Quran: Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjid al Haram (tempat letaknya kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. (al-Baqarah: 144).
Ini membenarkan firman Allah SWT: Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu sehingga Engkau reda - berpuas hati. (al-Dhuha: 5)
Abu Hatim al-Busti berkata: Orang-orang Islam solat mengadap ke Bait al Maqdis selama 17 bulan 3 hari. Rasulullah datang ke Madinah pada hari Isnin 12 Rabiulawal dan Allah memerintahkan mengadap ke Kaabah pada hari Selasa 15 Syaaban.
Diangkat amalan
Di antara keistimewaan Syaaban yang masyhur ialah diangkat amalan hamba-hamba-Nya pada bulan ini. Ini merupakan pengangkatan amalan yang terbesar.
Oleh kerana itu, ketika Usamah ibn Zaid r.a bertanya kepada Rasulullah SAW tentang sebab kesungguhan Baginda SAW berpuasa pada bulan Syaaban, Baginda SAW menjawab: "Ia adalah bulan yang sering dialpakan oleh manusia, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan diangkat segala amalan kepada Tuhan semesta alam. Saya suka amalan saya diangkat ketika saya berpuasa". (riwayat al-Munziri)
Ditentukan umur
Pada bulan Syaaban juga ditentukan segala umur, iaitu dizahirkan takdir tersebut. Namun perbuatan Allah itu tidak terikat dengan masa atau pun tempat. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mencatat pada bulan Syaaban bagi setiap jiwa yang akan mati pada tahun tersebut. Maka aku suka ajalku datang kepadaku ketika aku sedang berpuasa". (riwayat Abu Ya'la).
Oleh yang demikian, Rasulullah SAW paling banyak berpuasa pada bulan Sy kerana itu, Syaaban adalah bulan berselawat ke atas Nabi SAW.
Terlalu banyak kelebihan berselawat ke atas Nabi SAW dan ia adalah ibadat yang paling afdal dari ibadat-ibadat yang lain. Kita sendiri dapat memikirkannya kerana amalan lain Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya melakukannya tetapi amalan selawat Allah berselawat ke atas Baginda SAW terlebih dahulu, kemudian barulah Allah menyuruh hamba-hamba-Nya berselawat ke atas Baginda SAW.
Syaaban bulan al-Quran
Syaaban juga disebut sebagai bulan al-Quran. Kita sedia maklum, membaca al-Quran dituntut pada setiap masa tetapi ia lebih dituntut pada masa-masa yang berkat dan mulia seperti bulan Ramadan, Syaaban dan bulan-bulan mulia yang lain.
Oleh kerana itu, Anas meriwayatkan dengan sanad yang daif bahawa apabila masuk bulan Syaaban, kaum Muslimin menumpukan kepada mushaf-mushaf mereka dan membacanya, mengeluarkan zakat harta mereka untuk memberi kekuatan kepada orang yang lemah dan miskin menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.
Selain itu juga, kita digalakkan merebut peluang kedatangan Syaaban dengan membanyakkan menyebut kalimah syahadah: Laa ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah dan istighfar.
Ini adalah pintu memasuki Islam dan tangga memelihara iman dan mikraj hati serta roh kepada Tuhan Pemilik seluruh alam. Ia juga adalah sebesar-besar kebaikan bagi memperbaharui keimanan dan menghapuskan kejahatan sehingga menarik pemiliknya memasuki syurga. Istighfar dapat menghapuskan dosa-dosa, kesulitan dan meringankan bebanan.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang melazimi istighfar, Allah menjadikan baginya dari setiap kemurungan pelepasan, dari setiap kesempitan jalan keluar dan dikurniakan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka". (riwayat Abu Daud, al-Nasaei, Ibnu Majah dan al-Hakim).
Demikianlah istimewanya Syaaban. Semoga kita dapat merasai kebesaran Syaaban dan melihat kurniaan Allah padanya dengan penuh insaf, beradab dan kesyukuran.
Orang yang bijak ialah orang yang menggunakan sebaiknya kesempatan yang diberikan dan orang yang bodoh ialah orang yang menangguhkan kesempatan yang diberikan kerana menyangka esok masih ada untuknya.
Dipetik dari Berita Harian Online

Rabu, 5 Ogos 2009

Nak join kelab baru ?

Objektif penubuhan kelab.


Terbuka kepada wanita dan lelaki. Sesiapa yang berminat untuk menyertai kelab ini, sila dapatkan sendiri maklumat dalam Surat Khabar SINAR hari ini.
.
*Bagi wanita yang sudah berkahwin, sila dapatkan kebenaran bertulis daripada suami anda terlebih dahulu.




Khamis, 30 Julai 2009

mencari... memikir... menentukan...

Pada Jumaat lepas (24/7), beberapa orang sahabat kita telah menjelajah ke Port Dickson, Kuala Linggi dan Pengkalan Balak, Melaka untuk meninjau lokasi yang sesuai untuk program Kembara Keluarga SKBTHO 2009. Pencarian ini dikepalai oleh En. Shahrizal. Hasil kajian dan percambahan fikiran mereka, maka Pengkalan Balak dipilih sebagai lokasi / destinasi Kembara Keluarga yang julung2 kali diadakan ini. Walaubagaimanapun, tiada paksaan, desakan atau ancaman terhadap mana2 warga kerja SKBTHO untuk menyertai program ini.


*Permata Chalet, Pengkalan Balak.





*lihat gaya dan aksi sahabat kita sedang memikirkan lokasi yang sesuai.

Poco-Poco

Siapa kata cikgu lelaki sekolah kita tak pandai menari poco-poco ? Lihat aksi cikgu kita menari poco-poco semasa program senamrobik pagi tadi. Ini adalah bukti kejayaan LADAP di Agrotek tempohari.

;