Isnin, 30 Mac 2009

Tragedi di sebalik perkhemahan.

Mayat murid dikebumi semula
Dipetik drpd. Utusan Online.
30/03/2009 5:19pm

KLANG 30 Mac — Mayat murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Sri Andalas yang digali Jumaat lepas bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Lipat Kajang di sini hari ini.

Wan Muhamad Amir Dahalan, 11, meninggal ketika menyertai perkemahan di sebuah pusat latihan di Hulu Langat dari 19 hingga 21 Mac lepas. Pihak kem berkata mangsa meninggal dunia akibat lelah sementara pihak hospital melaporkan punca kematiannya adalah disebabkan patukan ular.

Keluarganya yang bingung dengan laporan yang bercanggah itu mahu punca sebenar kematian anaknya di kenal pasti. Jumaat lepas pasukan dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur dan polis mengeluarkan mayat Muhamad Amir yang dikebumikan pada 21 Mac lepas, setelah mendapat kebenaran mahkamah. Peguam yang mewakili keluarga mangsa, Gurdial Singh berkata, pihaknya kini menunggu laporan bedah siasat Jabatan Kimia yang dijangka siap minggu ini.

“Laporan bedah siasat ini adalah untuk mengesahkan tiada unsur-unsur lain yang menyebabkan kematian Amir selain dipatuk ular. Saya menunggu arahan keluarga mangsa dan laporan bedah siasat sama ada untuk memfailkan saman terhadap pengurusan kem atau tidak,” katanya. — Bernama

Nota : AJK Perkhemahan Unit Beruniform 2009, sila ambil perhatian dengan perkara ini.

2 ulasan:

  1. sebab kes nie lah mak saya x bagi saya pegi perkhemahan tahun nie. huwaaaaaaaa......

    BalasPadam
  2. Harap AJK Perkhemahan dpt sediakan Pawang Ular...

    BalasPadam

Cadangan / Komen

;